Skip to main content

Adiguru Kraf

Pengiktirafan Adiguru Kraf mula dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia pada tahun 1987. Ianya bertujuan untuk  memulih serta memelihara kemahiran dan kesenian kraf tangan tempatan ke arah kelestarian industri kraf negara. Adiguru Kraf adalah pengusaha kraf yang mempunyai tahap kepakaran tinggi dalam bidang penciptaan dan ketukangan produk kraf yang mempunyai identiti tempatan. Adiguru Kraf juga berperanan penting dalam usaha memulihara dan memelihara seni kraf negara melalui kesungguhan serta kesediaan untuk mewariskan ilmu dan kemahiran kepada generasi pelapis. Pengiktirafan ini sekaligus dapat mengukuhkan imej dan peranan tokoh sebagai pakar rujuk bagi memartabatkan seni kraf negara di peringkat nasional dan antarabangsa.

bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman