Skip to main content

Soalan Lazim

1. Apakah Visi dan Objektif Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia?

Visi
Menjadi pemimpin dalam pertumbuhan, pembangunan dan promosi industri kraf yang kukuh dan berdaya saing.


Objektif
Mengkomersialkan produk seni kraf melalui pembangunan pasaran, produk dan usahawan.


Sila layari laman web kami, www.kraftangan.gov.my atau hubungi kami di talian 03-2162 7459 untuk keterangan lanjut.

2. Bagaimanakah cara mendapatkan alamat lengkap bagi cawangan-cawangan negeri Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia?

Alamat penuh berserta nombor telefon bagi setiap cawangan Kraftangan Malaysia ada dipaparkan di laman web kami www.kraftangan.gov.my.

Sila layari laman web kami atau hubungi kami di talian 03-2162 7459 untuk sebarang keterangan lanjut.

3. Bagaimanakah caranya untuk menjadi usahawan kraf yang berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia?
Tuan/puan boleh menghubungi cawangan-cawangan negeri untuk urusan pendaftaran usahawan kraf Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Selain itu kaedah lain adalah dengan mendaftar secara online.

Sila layari laman web kami, www.kraftangan.gov.my atau hubungi Unit Pembangunan USahawan Kraf di talian terus 03-2161 1029 atau talian utama 03-2162 7459 untuk sebarang keterangan lanjut.
4. Saya berminat untuk menjadi sebahagian daripada anggota kerja Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Bagaimanakah caranya untuk memohon kekosongan jawatan di Kraftangan Malaysia?
Sebarang kekosongan jawatan akan diiklankan di akhbar-akhbar utama. Walaubagaimanapun tuan/puan boleh menghubungi Seksyen Sumber Manusia di talian 03-2162 7459 sambungan 132 untuk keterangan lanjut.
5. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan maklumat program atau aktiviti yang sedang berlangsung atau akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia?
Pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia akan memaparkan sebarang aktiviti atau program yang dijalankan dari semasa ke semasa di laman web rasmi kami selain daripada makluman di akhbar-akhbar utama dan stesen televisyen / radio.

Sila layari www.kraftangan.gov.my atau hubungi kami di talian 03-21613793 untuk keterangan lanjut.
6. Di manakah boleh saya dapatkan produk-produk kraf Malaysia?
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia melalui anak syarikatnya Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd. bertanggungjawab dalam urusan pemasaran produk-produk kraf dari seluruh Malaysia. Berkunjunglah ke premis outlet Karyaneka di Kompeks Kraf Kuala Lumpur atau hubungi 03-21642987 untuk sebarang pertanyaan.

Selain itu laman web Kraftangan Malaysia juga ada memaparkan senarai dan alamat lengkap pengusah-pengusaha kraf serta bidang kraf mengikut negeri.

Sila layari laman web kami, www.kraftangan.gov.my atau hubungi pihak kami di talian 03-2162 7459 untuk keterangan lanjut.
7. Apakah tujuan pendaftaran pembekal / kontraktor?
Kraftangan Malaysia melaksanakan sistem pendaftaran pembekal / kontraktor adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat dan rekod syarikat pembekal / kontraktor yang mempunyai kemahiran dan kelayakan untuk melaksanakan bekalan / perkhidmatan / kerja di Kraftangan Malaysia.

Setiap syarikat pembekal / kontraktor yang ingin mengambil bahagian dalam perolehan dengan Kraftangan Malaysia dikehendaki mendaftar dengan Unit Kewangan dan Kejuruteraan.
8. Mengapa pembekal / kontraktor perlu berdaftar?
  1. Disenaraikan sebagai pembekal / kontraktor yang berpotensi mengikut kemahiran dalam bidang yang bersesuaian di Kraftangan Malaysia.
  2. Membolehkan syarikat / kontraktor mengambil bahagian dalam urusan perolehan di Kraftangan Malaysia.
  3. Syarikat / kontraktor yang berdaftar berpeluang membekal barangan / perkhidmatan yang ditawarkan.
9. Apakah syarat-syarat pendaftaran?
  1. Mengisi borang pendaftaran dengan lengkap beserta dengan dokumen sokongan.
  2. Membuat bayaran pendaftaran.
  3. Pendaftaran hanya perlu dibuat sekali sahaja tetapi perlu dikemaskini maklumat dari semasa ke semasa.
  4. Pendaftaran ini bukan merupakan perjanjian untuk mendapatkan mana-mana pembekalan / perkhidmatan / kerja dengan Kraftangan Malaysia.
  5. Maklumat dalam borang pendaftaran adalah sulit.
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman