Skip to main content

Pendaftaran Pembekal

Apakah tujuan pendaftaran pembekal / kontraktor?
  1. Kraftangan Malaysia melaksanakan sistem pendaftaran pembekal / kontraktor adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat dan rekod syarikat pembekal / kontraktor yang mempunyai kemahiran dan kelayakan untuk melaksanakan bekalan / perkhidmatan / kerja di Kraftangan Malaysia.

  2. Setiap syarikat pembekal / kontraktor yang ingin mengambil bahagian dalam perolehan dengan Kraftangan Malaysia dikehendaki mendaftar dengan Unit Kewangan & Kejuruteraan (Perolehan), Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan.
Mengapa pembekal / kontraktor perlu berdaftar?
  1. Disenaraikan sebagai pembekal / kontraktor yang berpotensi mengikut kemahiran dalam bidang yang bersesuaian di Kraftangan Malaysia.

  2. Membolehkan syarikat / kontraktor mengambil bahagian dalam urusan perolehan di Kraftangan Malaysia.

  3. Syarikat / kontraktor yang berdaftar berpeluang membekal barangan / perkhidmatan yang ditawarkan.
Apakah syarat-syarat pendaftaran?
  1. Mengisi borang pendaftaran dengan lengkap beserta dengan dokumen sokongan.

  2. Membuat bayaran pendaftaran.

  3. Tempoh sah laku pendaftaran pembekal / kontraktor adalah selama satu(1) tahun. Selepas tamat tempoh sah laku, syarikat dikehendaki memperbaharui pendaftaran dan bayaran akan dikenakan sebanyak RM10.00 setiap kali pembaharuan.

  4. Pendaftaran ini bukan merupakan perjanjian untuk mendapatkan mana-mana pembekalan / perkhidmatan / kerja dengan Kraftangan Malaysia.

  5. Maklumat dalam borang pendaftaran adalah sulit.
Bagaimanakah caranya untuk berdaftar?
  1. Mengisi Borang Pendaftaran Pembekal yang boleh didapati di Seksyen Pentadbiran & Kejuruteraan (Unit Perolehan), Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan.

  2. Anda juga boleh muat turun Borang Pendaftaran Pembekal dari laman web rasmi Kraftangan Malaysia di alamat URL: www.kraftangan.gov.my.

    Muat Turun Borang Pendaftaran Pembekal

  3. Menyertakan dokumen sokongan seperti Profil Syarikat, salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan, Taraf Bumiputera, SSM, CIDB, PKK dan lain-lain yang berkaitan.

  4. Membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM10.00 di Unit Perolehan, Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan.

  5. Bayaran boleh dibuat secara Tunai atau menggunakan Wang Pos / Wang Kiriman Pos / Draf Bank Berpalang atas nama PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA.

  6. Menghantar Borang Pendaftaran bersama dokumen sokongan dan bukti pembayaran ke alamat:

    Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
    Seksyen pentadbiran & Kejuruteraan (Unit Perolehan)
    Tingkat 1, Bangunan Seri Utama
    Kompleks Kraf Kuala Lumpur
    Seksyen 63, Jalan Conlay
    50450 Kuala Lumpur
    ( U/P: Encik Mohd Nabil Fikry bin Busra)
  7. Pihak Kraftangan Malaysia akan menghantar Surat Pengesahan Pendaftaran berserta Nombor Pendaftaran Pembekal selepas dokumen permohonan telah selesai diproses sepenuhnya.
Bagaimana untuk saya membuat pertanyaan?

Sebarang pertanyaan mengenai proses dan status pendaftaran, sila hubungi :

Seksyen Pentadbiran & Kejuruteraan (Perolehan),
Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan

No. Tel : 03-2162 7459 (Pejabat)
No. Faks : 03-2162 7434
e-Mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman