Skip to main content

Sijil Akuan Pendaftaran Usahawan Kraf

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PK7.17), Perolehan Khas Hasil Kraf Tangan Tempatan Di Bawah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah berkuat kuasa pada Januari 2024. Kerajaan telah memberi kelonggaran khas bagi perolehan sehingga RM200 ribu untuk setiap pesanan kepada usahawan kraf tangan yang berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia bagi mendukung hasil kraf tangan tempatan.

Perolehan hendaklah dibuat dalam kalangan pembekal atau pembuat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan seperti berikut:-

  1. Pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang 030601 (Tekstil), 030602 (Hasil Rimba), 030603 (Hasil Logam), 030604 (Hasil Tanah) atau 030605 (Aneka Kraf); dan
  2. Pembuat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang 030699 (Pembuat).

Pembekal dan pembuat kraf tangan tempatan hendaklah berdaftar dengan Kraftangan Malaysia serta perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran Kraftangan Malaysia.

1) Permohonan Pendaftaran Usahawan Kraf

Sila lengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Usahawan Kraf.

2) Permohonan Sijil Akuan Pendaftaran Usahawan Kraf

  1. Borang Online Permohonan Sijil Akuan Pendaftaran Usahawan Kraf; ATAU
  2. Borang Manual Permohonan Sijil Akuan Pendaftaran Usahawan Kraf

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,
Seksyen Pembangunan Usahawan Kraf,
Bahagian Pembangunan Industri,
Tingkat M, Bangunan Seri Utama,
Kompleks Kraf Kuala Lumpur,
Seksyen 63, Jalan Conlay,
50450 Kuala Lumpur

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Tel: 03-2162 7459 Fax 03-2162 0870

bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman