Skip to main content

Perutusan Ketua Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kepada semua pengunjung yang melayari portal rasmi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia), sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Kraftangan Malaysia, agensi peneraju dalam kecemerlangan dan pembangunan industri kraf negara agar kekal mampan dan berdaya saing di peringkat global. Kraftangan Malaysia juga merupakan agensi unggul yang bertanggungjawab mengkomersialkan produk kraf melalui pembangunan pemasaran, dan keusahawanan.

Pembangunan portal kraf ini merupakan salah satu inisiatif kami dalam mempelbagaikan media komunikasi utama sejajar dengan perkembangan semasa yang menekankan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam urusan seharian. Portal yang menampilkan paparan yang padu dan komprehensif, berinformasi dan mesra pengguna ini berfungsi sebagai platform pelbagai capaian maklumat mengenai program, aktiviti dan bahan ilmiah kraf. Ia juga merupakan pintu gerbang kepada sistem atas talian yang menyumbang kepada kemajuan industri kraf negara.

Sebagai sebuah agensi yang mengamalkan dasar ketelusan dan keterbukaan, komitmen kami adalah untuk sentiasa berusaha untuk berkongsi maklumat terkini dan input yang dinamik kepada orang ramai. Sebarang perkongsian maklumbalas, cadangan dan pertanyaan boleh diemelkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Akhir kata, saya amat berharap agar portal ini menjadi sumber rujukan yang senantiasa relevan dan menjadi platform perkongsian ilmu kepada sesiapa sahaja yang melayarinya. Semoga portal rasmi ini dapat memberi pelbagai manfaat demi kepentingan bersama terutamanya dalam memartabatkan industri kraf negara.

Selamat melayari portal Kraftangan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Datuk 'Ainu Sham binti Haji Ramli

Ketua Pengarah
Kraftangan Malaysia
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman