Skip to main content

E-Kraf Bazar

Inisiatif E-Kraf Bazar telah diperkenalkan menerusi aplikasi media sosial - Facebook Group. E-Kraf Bazar ini merupakan inisiatif pemasaran yang diwujudkan bertujuan memasarkan produk kraf dalam talian bermula 8 April 2020 iaitu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kini.

E-Kraf Bazar telah diikuti seramai lebih 12,000 ahli yang merupakan kumpulan usahawan kraf dan pembeli/pelanggan serta peminat produk kraf. Inisiatif ini membuka peluang kepada pengguna perkhidmatan dalam talian untuk terlibat dalam memasarkan produk kraf, membeli-belah pelbagai produk kraf (dari lima bidang iaitu tekstil, hasil rimba, hasil logam, hasil tanah, dan, aneka kraf), berinteraksi dan menonton aktiviti demonstrasi kraf secara LIVE serta info-info terkini industri kraf negara.

bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman