Memaklumkan keputusan permohonan yang berjaya untuk penyertaan di dalam promosi anjuran Kraftangan Malaysia dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan - Pemasaran Fizikal.
Membalas maklum balas yang diterima daripada orang awam dalam tempoh 5 hari bekerja; dan Menjawab sepenuhnya aduan bermula dari tarikh aduan diterima dalam tempoh 14 hari bekerja - Pemasaran Digital Melalui Mycraftshoppe (MCS)
Memaklumkan keputusan permohonan kemasukan ke Institut Kraf Negara dalam tempoh 21 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran bermula
Memaklumkan keputusan permohonan Skim Inkubator Pengeluaran Kraf dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh temuduga
Menjelaskan tuntutan pembayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen tuntutan yang lengkap
Memaklumkan keputusan permohonan Lawatan Berpandu Berkumpulan ke Kompleks Kraf dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima; dan
Mengeluarkan Sijil Pengesahan Pematuhan Standard Batik dan Tenun dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh keputusan pengujian sampel.