Skip to main content

Sijil & Pengiktirafan 2022

International Craft Awards (ICA)

22 Oktober 2022 - Kraftangan Malaysia terus diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila berjaya memenangi enam (6) anugerah yang dipertandingkan dalam Majlis Anugerah Kraf Antarabangsa (ICA) 2022 di NSIC Okhla, New Delhi, India

Program ICA anjuran Craft Village ini merupakan pelantar untuk mengiktiraf sumbangan individu, tukang kraf, artisan, pereka dan organisasi dari seluruh dunia dalam pembangunan inklusif serta kelestarian sektor kraf.

Pengiktirafan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015

Kraftangan Malaysia telah menerima sijil baharu SIRIM QAS International dan IQNET, Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 yang berkuat kuasa dari 29 Ogos 2022 sehingga 19 Ogos 2025 bagi ibu pejabat dan cawangan yang dipersijilkan iaitu Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang, Sabah, Perak, Kelantan dan Kompleks Kraf Langkawi.

bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman