Skip to main content

Sijil & Pengiktirafan 2019

3rd International Craft Awards

7 Disember 2019 - Kraftangan Malaysia memenangi dua(2) anugerah bagi kategori Craft Institute / Academy of the Year kepada Institut Kraf Negara (IKN) dan Village of the Year -Kraf Komuniti Ku - Kampung Batu Lunguyan, Sook, Keningau, Sabah di 3rd International Crafts Awards. Penganugerahan ini diberikan oleh Craft Village India iaitu satu pertubuhan sosial dari New Delhi yang juga merupakan ahli di dalam World Craft Council - Asia Pacific Region (WCC-APR) dan disampaikan di Tropical Forrest, GMR Square, GMR Aerocity, New Delhi, India.

Anugerah Sijil Pematuhan Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA)

3 Disember 2019 - Kraftangan Malaysia telah dianugerahkan Sijil Pematuhan Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada agensi kerajaan yang mematuhi kriteria wajib yang telah ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Anugerah ini telah disampaikan oleh Ketua Akauntan Negara Malaysia, iaitu Dr. Yacob Mustafa dalam Majlis Anugerah Sijil Pematuhan SAGA yang telah diadakan di Holiday Villa Johor Bahru, Johor.

Pelantikan Kompleks Kraf Langkawi Sebagai Rakan Langkawi UNESCO Global Geopark

22 April 2019 - Kompleks Kraf Langkawi telah dilantik oleh pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sebagai Rakan Langkawi UNESCO Global Geopark untuk tahun 2019 - 2021. Plak dan sijil pelantikan telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Hezri Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif LADA). Pelantikan ini berdasarkan keupayaan Kompleks Kraf Langkawi mengamalkan amalan lestari bagi membantu memampan persekitaran semula jadi, meningkatkan pengalaman pengunjung dan mengekalkan budaya dan ekonomi masyarakat setempat.
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman