Kompleks Kraf Melaka
Pengenalan
KOMPLEKS KRAF MELAKA Merupakan Pusat Kraf Setempat yang berkonsepkan identiti utama senibina struktur tangga rumah tradisional Melaka yang dihiasi jubin Peranakan. Lokasi terletak di Ayer Keroh, Melaka dan telah beroperasi sejak Oktober 2013. Kompleks Kraf Melaka menempatkan Galeri Kraf Warisan yang menghimpunkan pelbagai produk kraf tempatan. Selain itu pameran produk adiguru kraf anyaman rotan dan anyaman mengkuang.
Pengunjung juga boleh mendapatkan cenderamata atau ole-ole kenangan di pusat jualan kraf Karyaneka Sdn. Bhd yang menawarkan keunikan produk kraf autentik serta produk ikonik Negeri Melaka. Disamping itu pengunjung boleh melibatkan diri dalam aktiviti kraf sambil merasai dan alami pengalaman menghasilkan produk kraf. Kompleks Kraf Melaka amat sesuai dikunjungi dan berdekatan dengan pusat tarikan utama pelancongan di Melaka.
JUALAN KRAF
Kedai karyaneka menawarkan pelbagai pilihan produk kraf tempatan yang unik dan menarik dengan harga yang berpatutan kepada pengunjung. Produk kraf yang dijual seperti hadiah dan cenderamata, pakaian dan aksesori serta hiasan dan kelengkapan rumah dari pelbagai bidang kraf.
PENDIDIKAN KRAF
Memberi peluang dan pengalaman kepada pengunjung untuk mempelajari dan mencuba sendiri proses pembuatan produk kraf melalui tawaran pakej lawatan berpandu berkumpulan.
Aktiviti interaktif kraf dan pendidikan kraf yang ditawarkan adalah seperti berikut:
a) Batik Lukis – Mewarna Batik
b) Batik Ikat Celup – Bandana
c) Anyaman Rotan – Alas cawan
d) Seni Kayu – Mewarna Terompah
e) Sulaman Manik
f) Sulamat Kit – Rantai Kunci
DEMONTRASI KRAF
Memberi pendedahan kepada pengunjung untuk melihat sendiri bagaimana produk kraf dihasilkan. Antara aktiviti demonstasi kraf yang dijalankan ialah mencanting dan mewarna batik, anyaman rotan.
Isnin hingga Ahad (setiap hari)
9.00 pagi hingga 6.00 petang
Kompleks kraf Melaka menyediakan perkhidmatan berpandu berkumpulan secara percuma kepada semua pengunjung
Bagi mereka yang berminat untuk menempah dan memerlukan sebarang maklumat tambahan atau pertanyaan, sila hubungi pegawai kami Encik Mohamed Hasnul Hazri bin Zakaria di talian Tel : 06-253 1500 | Faks : 06-253 1510 atau e-mail
Borang Lawatan Berpandu Berkumpulan
Kompleks Kraf Melaka
Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel: 06-2531500 Faks: 06-2531510