Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Kraftangan Malaysia dan Royal Selangor International Sdn. Bhd.
BERNAMA - Motac, Royal Selangor Jalin Kerjasama Strategik Martabatkan Industri Kraf Negara
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia dan Royal Selangor International Sdn Bhd menandantangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan melaksanakan kerjasama strategik dua hala melalui inisiatif yang merangkumi aspek pembangunan produk, pemasaran dan promosi serta latihan.
UTUSAN - Kraftangan Malaysia dan Royal Selangor jalin kerjasama, martabat kraf negara
Kraftangan Malaysia dan Royal Selangor International Sdn. Bhd (Royal Selangor) menjalinkan kerjasama strategik dua hala sebagai usaha memartabatkan industri kraf negara. Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, ‘Ainu Sham Ramli berkata, kerjasama tersebut akan melalui inisiatif-inisiatif yang merangkumi aspek pembangunan produk, pemasaran dan promosi serta latihan.
Jabatan Penerangan WPKL - Kraftangan, Royal Selangor Meterai MOU Martabat Industri Kraf Negara
JendelaDBP - Kraftangan Malaysia dan Royal Selangor International Sdn. Bhd. Jalin Kerjasama Strategik Memartabatkan Industri Kraf Negara
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Royal Selangor International Sdn. Bhd. Memorandum tersebut ditandatangani oleh Puan `Ainu Sham Haji Ramli, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia dan Encik Yong Yoon Li, Pengarah Urusan Royal Selangor International Sdn. Bhd.