Skip to main content

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Kraftangan Malaysia dan Royal Selangor International Sdn. Bhd.

10 Ogos 2023

BERNAMA - Motac, Royal Selangor Jalin Kerjasama Strategik Martabatkan Industri Kraf Negara

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia dan Royal Selangor International Sdn Bhd menandantangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan melaksanakan kerjasama strategik dua hala melalui inisiatif yang merangkumi aspek pembangunan produk, pemasaran dan promosi serta latihan.

10 Ogos 2023

UTUSAN - Kraftangan Malaysia dan Royal Selangor jalin kerjasama, martabat kraf negara

Kraftangan Malaysia dan Royal Selangor International Sdn. Bhd (Royal Selangor) menjalinkan kerjasama strategik dua hala sebagai usaha memartabatkan industri kraf negara. Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, ‘Ainu Sham Ramli berkata, kerjasama tersebut akan melalui inisiatif-inisiatif yang merangkumi aspek pembangunan produk, pemasaran dan promosi serta latihan.

10 Ogos 2023

Jabatan Penerangan WPKL - Kraftangan, Royal Selangor Meterai MOU Martabat Industri Kraf Negara

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Royal Selangor International Sdn. Bhd. dalam usaha memartabatkan industri kraf tempatan.
MoU yang akan melalui inisiatif-inisiatif merangkumi aspek pembangunan produk, pemasaran dan promosi serta latihan itu ditandatangani Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Ainu Sham Ramli dan Pengarah Urusan Royal Selangor Malaysia Yong Yoon Li.
10 Ogos 2023

JendelaDBP - Kraftangan Malaysia dan Royal Selangor International Sdn. Bhd. Jalin Kerjasama Strategik Memartabatkan Industri Kraf Negara

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Royal Selangor International Sdn. Bhd. Memorandum tersebut ditandatangani oleh Puan `Ainu Sham Haji Ramli, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia dan Encik Yong Yoon Li, Pengarah Urusan Royal Selangor International Sdn. Bhd.

bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map