BAUCAR PEMBELIAN PRODUK KRAF MALAYSIA MERANCAKKAN INDUSTRI KRAF NEGARA
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyalurkan peruntukan sebanyak RM3.0 juta kepada Kraftangan Malaysia bagi meneruskan pemberian baucar pembelian produk kraf Malaysia.
Pemberian baucar ini adalah salah satu inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 yang merupakan kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) tahun 2020. Inisiatif ini dilaksana untuk menggalakkan orang ramai membeli produk kraf Malaysia.