Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) merupakan agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang ditubuhkan di bawah Akta 222, Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (1979). Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia dianggotai oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia dan Ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan dan pihak swasta. Pengurusan dan pentadbiran Kraftangan Malaysia diketuai oleh Ketua Pengarah dan dibantu oleh dua (2) orang Timbalan Ketua Pengarah iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) bagi mencapai visi, misi dan objektif Kraftangan Malaysia selaras dengan peranannya.
Visi
Menjadi peneraju dalam pemerkasaan industri kraf negara yang mapan dan berdaya saing.
Misi
Memacu pembangunan industri kraf sebagai pemangkin sosioekonomi yang mampan dan perlindungan seni kraf warisan.
Objektif
Memperluas saiz pasaran secara fizikal dan digital serta meningkatkan kesedaran terhadap kraf Malaysia;
Membangunkan produk kraf yang mempunyai nilai komersial serta menyelenggara standard produk kraf;
Membangun komuniti kraf ke arah pengeluaran, pengurusan dan pemasaran yang moden;
Membangunkan modal insan yang berkemahiran dalam seni kraf; dan
Memelihara, memulihara dan melindungi seni kraf warisan.