Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd. adalah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Visi Menjadi pemangkin dalam pemasaran dan promosi Kraf yang berkualiti dan menepati kehendak pasaran.
Misi Untuk memasar dan menggalakkan penggunaan Kraf Malaysia di peringkat domestik dan antarabangsa.
Hubungi Kami
Level 3, Bangunan Sri Anjung, Kompleks Kraf Kuala Lumpur Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur.
+03 2164 9907/9908
+603 2164 9901
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Kraf Holdings Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 2 Mac 1987 dan merupakan anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kraftangan Malaysia.
Kraf Holdings Sdn. Bhd. (Kraf Holdings) berperanan memasarkan produk yang dihasilkan oleh usahawan muda terutamanya graduan lepasan IKN serta komuniti kraf di bawah bimbingan Kraftangan Malaysia. Kraf Holdings juga berperanan membekalkan bahan mentah seperti kain putih, benang dan pewarna untuk batik, tenunan dan anyaman kepada usahawan kraf. Kraf Holdings turut memperluaskan peranannya untuk memasarkan produk kraf melalui outletnya iaitu ‘KH Craft Shoppe’ yang terletak di IKN, Rawang, Selangor. Peranan Kraf Holdings terus diperhebat dengan penyertaan dalam platform MYCRAFTSHOPPE bagi menguar-uarkan perkhidmatan yang disediakan.
Hubungi Kami
d/a Institut Kraf Negara No. 1, Km 20, Jalan Ipoh-Rawang Taman Rekreasi Templer 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan