Skip to main content

Pengenalan

Kompleks Kraf Johor atau dikenali dengan panggilan KKJ merupakan destinasi persinggahan setempat pelancongan yang berkonsepkan seni ikonik, budaya dan kraf tangan di selatan tanah air.

KKJ merupakan hub pemasaran utama bagi produk kraf tempatan dengan membawa pendekatan

‘Alami dan Rasai’ pengalaman estetika dan autentik menerusi konsep perkongsian, penghayatan, dan pengalaman di KKJ. Pengunjung berpeluang mengenali produk kraf, melihat demonstrasi kraf, mencuba bakat dan kreativiti serta membeli-belah produk kraf buatan Malaysia.
  • Kompleks Kraf Johor merangkumi beberapa komponen utama seperti :

    PUSAT JUALAN KARYANEKA
    Membeli-belah produk kraf Malaysia dari bidang kraf tekstil, kraf hasil rimba, kraf hasil tanah, kraf logam dan aneka kraf yang terdapat di Karyaneka Butik dan Cenderamata di bawah Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn.Bhd. Pelbagai produk seperti pakaian, aksesori, hadiah dan cenderamata korporat dijual dengan harga yang menarik.

    PERKAMPUNGAN KRAF
    Saksikan demonstrasi pembuatan produk kraf secara langsung daripada usahawan di Perkampungan Kraf. Produk seperti kraf tekstil-batik (Teknik blok dan canting), kraf tekstil-jahitan tanjak, kraf hasil rimba (anyaman rotan dan alat muzik tradisional) serta aneka kraf (cenderamata dan permainan tradisional). Pengunjung turut berpeluang untuk mencuba membuat produk kraf bersama juru demo yang berkemahiran.

    GALERI KRAF WARISAN
    Lawati dan melihat keunikan produk kraf warisan yang dipamerkan dari seluruh Malaysia khususnya kraf warisan negeri Johor. Terdapat juga koleksi diorama mesin larik, kompang tradisi dan peralatan asas pembuatan gambus. Anda juga boleh mengabadikan gambar kenangan dengan diorama produk kraf seperti Wau, Kuda Kepang, Gasing dan Angklung.

    TAMAN ETNOKRAF
    Kunjungi dan lawati Taman EtnoKraf yang menempatkan pelbagai tanaman pokok dan tumbuh-tumbuhan yang berkait rapat dalam penghasilan produk kraf sama ada kegunaan langsung atau di proses untuk pewarnaan. Pengunjung berpeluang mendapatkan informasi tumbuhan serta kegunaan di taman ini dengan mengimbas kod QR yang disediakan sambil menghirup udara segar sepanjang laluan yang disediakan.

    KRAF BISTRO
    Nikmati sajian makanan tempatan dan minuman pelbagai pilihan dalam suasana dekorasi bertemakan kraf Malaysia. Kemudahan tempat letak kereta percuma menggamit pengunjung yang datang secara berseorangan, bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati juadah yang disediakan.

    PAKEJ INTERAKTIF KRAF
    Rasai dan cuba sendiri menghasilkan produk kraf seperti mencanting dan mewarna batik, ikat & celup kemeja T, membuat angklung, membuat bakul anyaman rotan dan lain-lain produk kraf. Pakej Interaktif Kraf ini boleh disertai perseorangan atau berkumpulan dengan kadar harga serendah RM5.00. Pengunjung akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berkemahiran dan hasil produk boleh dibawa balik sebagai tanda kenang-kenangan.

    AKTIVITI LAWATAN BERPANDU BERKUMPULAN
    Sertai aktiviti Lawatan Berpandu Berkumpulan dengan diiringi oleh pegawai KKJ yang berpengalaman. Pelbagai informasi berkaitan KKJ, aktiviti dan produk kraf Malaysia termasuk produk kraf beridentiti negeri Johor akan dikongsikan bersama pengunjung.

  • Ahad hingga Sabtu (setiap hari)
    9.00 pagi hingga 6.00 petang

  • Untuk penyertaan aktiviti khidmat iring berkumpulan, sila hubungi Kompleks Kraf Johor di talian 07-2350433.

    Borang Lawatan Berpandu Berkumpulan

  • Kompleks Kraf Johor
    Lot.PTB 20002, Jalan Chenderasari Off Jalan Datin Halimah
    80350 Larkin Johor
    Tel : 07-2350433
    Faks : 07-2350432

bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman