Seni Kraf Logam Motif & Teknik
Tajuk | Seni Kraf Logam Motif & Teknik |
Jenis | Buku |
ISBN | 9789675237027 |
Nama Penulis | Panel Penulis Institut Kraf Negara |
Tahun Terbitan | 2009 |
Harga | RM25.00 (Kulit Nipis), RM50.00 (Kulit Keras) |
Ringkasan Kandungan
Keunikan dan ketelitian seni kraf Logam dapat dilihat melalui kehalusan hasil kerja tangan seperti pahatan, dan tuangan yang begitu unik dan menarik. Keunikan itu boleh dinilai dengan motif tumbuhan yang menjalar ke setiap pelusuk ruang, komposisi, bahan dan bentuk yang menampakkan olahan estetik yang tinggi, dengan kilauan batu permata yang di ikat rapi bagi menjelaskan lagi motif yang dipahat itu betul-betul ‘hidup’.
Dihidupkan lagi dengan gabungan pelbagai motif yang disusun rapi mengikut falsafah yang tinggi, seolah – olah gambaran sebuah taman yang cantik dan begitu indah untuk ditafsirkan
Petukang dan pengukir yang mahir menghayati dan mentafsir keindahan alam keliling ke dalam sebuah penggayaan olahan hingga terukirlah satu gambaran alam yang tepat bagi menghiasi permukaan barangan logam perak dan tembaga.
Buku Seni Kraf Logam ini mengandungi lebih dari satu motif pada dua belas jenis produk kraf logam yang berbeza. Juga dapat dilihat penggayaan olahan motif yang berbeza. Buku ini menerangkan teknik pembuatan dan hiasan pada permukaan produk kraf logam tradisional dan kontemporari.
Semua terbitan Buku Siri Akademik Seni Kraf boleh diperolehi di Unit Pengurusan Maklumat (Pengurusan Rekod dan Pusat Sumber), Institut Kraf Negara (IKN) yang beralamat di:
Institut Kraf Negara
No.1, Km.20, Jalan Ipoh-Rawang,
Taman Rekreasi Templer,
48000, Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Puan Jusnita Heriani binti Hairunnas di talian 03-6091 5322 samb. 143