PERHATIAN KEPADA PEMOHON :
1.Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL) adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.
2.Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan:
(i) Pengesahan Ketua Jabatan
(ii) Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan
(iii) Laporan Penilaian Prestasi.
3.Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap, tidak melalui Ketua Jabatan/Perkhidmatan dan tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses.