Skip to main content

Kraf Malaysia merupakan hasil kerja tangan pengusaha kraf berkemahiran tinggi yang diterjemahkan melalui keunikan produk, keindahan motif dan kepelbagaian bahan melalui proses pembuatan secara tradisional dan moden. Kraf Malaysia diklasifikasikan kepada 5 bidang kraf utama iaitu tekstil, hasil rimba, hasil logam, hasil tanah dan aneka kraf.

Perkembangan reka bentuk produk kraf Malaysia banyak memberi penekanan terhadap nilai estetika dan komersial.  Inspirasi reka bentuk, kepelbagaian warna, olahan motif dari sumber alam semulajadi serta pengaruh adat dan kehidupan seharian menjadikan produk kraf Malaysia beridentiti tempatan. Penggunaan bahan semulajadi serta kombinasi keragaman bahan alternatif dan baharu telah digunakan secara meluas bagi menyerlahkan lagi nilai tambah pada pada reka bentuk produk kraf Malaysia.

Kemampanan dalam kreativiti, kepakaran dalam mereka bentuk dan kehalusan hasil kerja tangan pengusaha kraf telah menyumbang kepada kelestarian seni kraf tempatan. Pengeluaran produk Kraf Malaysia diusahakan secara meluas di seluruh negara serta menjadi salah satu sumber pendapatan utama dan sampingan. Penglibatan komuniti kraf yang berbilang bangsa dan kaum termasuk etnik di Sabah dan Sarawak mencerminkan penyatuan dalam pemeliharaan kebudayaan negara.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia selaku agensi peneraju di dalam industri kraf sentiasa memperkasa komuniti kraf setempat dalam menghasil dan memasarkan produk kraf tempatan yang lebih menarik dan berkualiti seiring dengan permintaan pasaran.

bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman