Skip to main content

FAQ - PERMOHONAN SIJIL AKUAN PENDAFTARAN USAHAWAN KRAF

1. Apakah perbezaan permohonan Pendaftaran Usahawan Kraf dan Sijil Akuan Pendaftaran Usahawan Kraf?

Permohonan Pendaftaran Usahawan Kraf
Permohonan Pendaftaran Usahawan Kraf
Untuk memastikan usahawan yang berdaftar memenuhi kriteria sebagai usahawan kraf iaitu terdiri daripada lima (5) bidang utama kraf seperti Tekstil, Hasil Rimba, Hasil Tanah, Hasil Logam dan Aneka Kraf. Setiap usahawan yang berdaftar akan diberi ID Komuniti.
Sila rujuk senarai bidang utama/sub-bidang dan contoh produk kraf tangan Malaysia.


Sijil Akuan Pendaftaran Usahawan Kraf
Sijil yang dikeluarkan oleh Kraftangan Malaysia untuk memperaku Usahawan Kraf yang telah berdaftar dengan Kraftangan Malaysia bagi pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang 030601 (Tekstil), 030602 (Hasil Rimba), 030603 (Hasil Logam), 030604 (Hasil Tanah) atau 030605 (Aneka Kraf); dan Pembuat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang 030699 (Pembuat).

2. Bagaimanakah cara memohon Sijil Akuan Pendaftaran Usahawan Kraf?

Usahawan Belum Berdaftar Dengan Kraftangan Malaysia
Sekiranya belum berdaftar dengan Kraftangan Malaysia sila lengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Usahawan Kraf terlebih dahulu untuk mendapatkan ID Komuniti.

Usahawan Telah Berdaftar Dengan Kraftangan Malaysia
Sekiranya telah mempunyai ID Komuniti, sila lengkapkan borang berikut :
Borang Online Permohonan Sijil Akuan Pendaftaran Usahawan Kraf; ATAU
Borang Manual Permohonan Sijil Akuan Pendaftaran Usahawan Kraf

3. Berapa lama proses untuk mendaftar sebagai Usahawan Kraf dengan Kraftangan Malaysia?

Tempoh pendaftaran sebagai usahawan kraf mengambil masa empat belas hari (14) daripada tarikh permohonan. Pegawai Kraftangan Malaysia akan membuat lawatan dan semakan terlebih dahulu berkenaan produk kraf yang dihasilkan bagi menentukan usahawan adalah pedagang atau pengusaha kraf.

4. Apakah ID Komuniti?

ID Komuniti adalah nombor khas yang diberikan kepada usahawan kraf yang berdaftar dengan Kraftangan Malaysia. ID Komuniti ini dibezakan mengikut lima (5) bidang utama kraf seperti Tekstil, Hasil Rimba, Hasil Tanah, Hasil Logam dan Aneka Kraf.

5. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan semasa permohonan Sijil Akuan Pendaftaran Usahawan Kraf?

Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan bagi Pendaftaran secara Online dan Manual ialah :

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
  • Salinan Slip Pengesahan Pendaftaran Usahawan Kraf
6. Bagaimana sekiranya maklumat dalam borang online Permohonan Sijil Akuan Pendaftaran Usahawan Kraf ini salah?

Sekiranya maklumat yang tertera semasa permohonan tidak sama dengan maklumat sebenar tuan/puan, ini bermakna status pendaftaran sebagai usahawan kraf masih belum dikemaskini.

Pihak tuan/puan boleh hubungi Seksyen Pembangunan Usahawan Kraf ditalian 03-2162 7459 sambungan 263 atau emel ke: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk proses kemaskini maklumat.

7. Jenis Sijil Akuan Pendaftaran Usahawan Kraf?

Terdapat 3 pilihan jenis sijil yang boleh dikeluarkan kepada tuan/puan. Tuan/Puan boleh memilih sama ada sijil digital, sijil fizikal ataupun kedua-duanya sekali. Bagi sijil fizikal pihak tuan/puan perlu mengambil sendiri di lokasi yang telah dipilih sahaja. Tiada penghantaran dibuat ke alamat tuan/puan.

8. Apakah beza Sijil Digital dan Sijil Fizikal?

Sijil digital akan diberi melalui e-mel yang telah didaftarkan semasa permohonan Sijil Akuan Pendaftaran Usahawan Kraf. Sijil digital akan diberikan dalam tempoh masa 3 hari bekerja selepas permohonan dibuat.

Sijil fizikal adalah sijil yang dicetak di atas kertas khas dan diserahkan kepada cawangan negeri Kraftangan Malaysia sebagai lokasi khusus untuk mengambil sijil ini. Sijil boleh diambil dalam tempoh 7 hari bekerja selepas pemakluman kepada pihak tuan/puan dikeluarkan.

Walau bagaimanapun, kedua-dua jenis sijil ini boleh digunakan untuk permohonan pendaftaran dengan Kementerian Kewangan.

9. Berapa lama tempoh siap Sijil Akuan Pendaftaran Usahawan Kraf selepas permohonan dibuat?

Tempoh siap sijil adalah 3 hari bekerja untuk sijil digital dan 7 hari bekerja untuk sijil fizikal.

10. Bagaimana pemakluman status permohonan Sijil Akuan Pendaftaran Usahawan Kraf?

Selepas mendapat permohonan daripada pihak tuan/puan, satu e-mel pengesahan penerimaan akan dihantar ke alamat e-mel tuan/puan. Sekiranya sijil telah siap, pemakluman juga akan dihantar ke alamat emel berdaftar tuan/puan.

11. Adakah Sijil Akuan Pendaftaran Usahawan Kraf ini mempunyai tempoh luput?

Ya, Sijil Akuan Pendaftaran Usahawan Kraf mempunyai tempoh sah selama tiga (3) tahun. Tuan/Puan perlu membuat permohonan semula jika sijil akuan ini sudah tamat tempoh.

12. Adakah bayaran dikenakan untuk mendapatkan Sijil Akuan Pendaftaran Usahawan Kraf?

Tiada bayaran dikenakan untuk mendapatkan Sijil Akuan Pendaftaran Usahawan Kraf.

bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman