Liputan Media Turun Padang Lusong Laku
RTM - Pelaksanaan PPKK di Sarawak bantu lahir ramai usahawan kraf Bumi Kenyalang
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia dan Royal Selangor International Sdn Bhd menandantangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan melaksanakan kerjasama strategik dua hala melalui inisiatif yang merangkumi aspek pembangunan produk, pemasaran dan promosi serta latihan.
BERNAMA - Sentuhan Seni Anyaman Rotan Etnik Penan Di Lusong Laku
Program lawatan media bermula pada keesokannya (Sabtu 29 Jun) apabila kami dibawa mengunjungi sebuah rumah panjang di Lusong Laku yang mempunyai 73 pintu dan dihuni oleh 600 orang terdiri daripada etnik Penan.
Metro - Semarak kraf
Kemas, kreatif dan menarik adalah perkataan paling sesuai untuk menggambarkan keunikan produk anyaman rotan yang dihasilkan 25 etnik Penan Lusong Laku, Sarawak yang menyertai Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) Kraf Anyaman Rotan anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Suara Sarawak - 25 komuniti kraf di Lusong Laku dapat manfaat daripada Projek Pembangunan Komuniti Kraf
BELAGA: Sebanyak 25 komuniti kraf di Lusong Laku menerima manfaat daripada Projek Pembangunan Komuniti Kraf (PPKK) yang dilaksanakan dalam tiga fasa.
Menurut Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia), mereka mula dikenal pasti oleh Kraftangan Malaysia pada 2021.
“Sebanyak tiga fasa PPKK dilaksanakan bersama-sama komuniti Lusong Laku.
Berita RTM Sarawak - KRAFTANGAN MALAYSIA BERJAYA MEMBANGUNKAN KOMUNITI KRAF BAHARU LUSONG LAKU
LUSONG LAKU, 29 JUN 2024 - Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) agensi di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya hari ini mengadakan Program Bersama Komuniti Kraf Baharu di bawah Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) Kraf Anyaman Rotan, Lusong Laku.
Sinar Harian - Etnik Penan di Lusong Laku
Peserta Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) Mangorit Lingoi (kiri),30 dan Nyutai Awi (tengah), 45 bersama pelbagai produk rotan hasil anyaman mereka ketika tinjauan foto Bernama di Lusong Laku, baru-baru ini.
Mangorit, ketika ditemui memberitahu, dia mula belajar menganyam sejak dari usia kanak-kanak dengan menghasilkan produk seperti beg yang bersaiz kecil dan kemudian kepada saiz besar.