Projek kerjasama strategik ini bertujuan memberi peluang kepada masyarakat seluruh dunia melihat, menemui, mengalami dan berkongsi maklumat berkaitan kraf Malaysia dengan menggunakan teknologi terkini. Inisiatif ini juga dapat memperkenal dan mempromosikan produk kraf tempatan kepada masyarakat di peringkat domestik dan antarabangsa dengan mudah, pantas serta efektif. Kerjasama strategik bersama Google Malaysia telah dimulakan semenjak April 2019. Pada 23 Ogos 2019 satu perjanjian bersama di antara Kraftangan Malaysia dengan Google Malaysia telah dimeterai dan pada 22 Februari 2020 gambar-gambar koleksi produk kraf dapat dilayari di platform GAC di ruang carian ’Kuala Lumpur Craft Museum’