Anugerah Tokoh Kraf Negara ialah pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia melalui kelulusan Jemaah Menteri pada tahun 1996. Anugerah ini bagi memberi galakan dan semangat kepada pengusaha kraf berkemahiran supaya lebih kreatif, inovatif dan produktif agar dapat mempertahankan seni kraf tempatan di samping menyumbang kepada perkembangan sosioekonomi negara. Tokoh Kraf Negara merupakan pakar rujuk yang mempunyai kredibiliti serta menunjukkan ketokohan, prestasi dan sumbangan yang cemerlang dalam usaha memulihara, memelihara serta memartabatkan seni kraf negara di peringkat nasional dan antarabangsa.