Skip to main content

Seni Kraf Kayu Motif & Teknik

Tajuk

Seni Kraf Kayu Motif & Teknik

Jenis
Buku
ISBN
9789675237010
Nama Penulis
Panel Penulis Institut Kraf Negara
Tahun Terbitan
2009
Harga

RM25.00 (Kulit Nipis), RM50.00 (Kulit Keras)

Ringkasan Kandungan

Keindahan seni ukiran kayu boleh dinilai pada kelembutan silat yang terdapat pada daun, bunga dan batang. Mont’ tumbuh-tumbuhan yang biasa digunakan adalah berasal dari putik bunga, bunga kembang, dan buah. Penggunaan warna dan penyerlahan unit pada silat juga dapat menonjolkan ciri-ciri keindahan pada panel ukiran. Nilai estetik dalam sebuah ukiran kayu diambil kira pada keindahan ukiran, konsep, komposisi, pemilihan bahan, teknik dan kemasan.

Kemahiran si pengukir, faktor alam persekitaran, bahan binaan, dan kepercayaan juga mempengaruhi nilai estetik seni kraf kayu. Konsep dan olahan idea pada motif ukiran mampu menambah-nilai sebuah penghasilan berseni dalam karya ukiran. Kaedah melalui pengambilan gambar, meniru alam. menggayakan alam dan memujaradkan alam dapat dihasilkan dengan mudah dan pengukir akan lebih menghayati ukiran yang dihasilkan.

Buku seni ukiran kayu ini mengandungi sepuluh motif ukiran kayu tradisional dan sepuluh motif kontemporari. la merangkumi teknik pembuatan panel ukiran yang dikumpul berdasarkan empat teknik utama termasuk rekabentuk motif tradisional, rekabentuk motif kontemporari, rekabentuk pembuatan panel dan teknik kemasan produk panel ukiran.

Semua terbitan Buku Siri Akademik Seni Kraf boleh diperolehi di Unit Pengurusan Maklumat (Pengurusan Rekod dan Pusat Sumber), Institut Kraf Negara (IKN) yang beralamat di:

Institut Kraf Negara
No.1, Km.20, Jalan Ipoh-Rawang,
Taman Rekreasi Templer,
48000, Rawang,
Selangor Darul Ehsan

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Puan Jusnita Heriani binti Hairunnas di talian 03-6091 5322 samb. 143

bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map