JASAMU DIKENANG (1991 - 2022)
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja Kraftangan Malaysia menzahirkan ucapan Selamat Bersara kepada YBhg. Dato’ Ibrahim bin Ismail, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia. Tarikh lantikan pertama YBhg. Dato’ Ibrahim bin Ismail di Kraftangan Malaysia adalah pada 30 Disember 1991 dan akan mula bersara pilihan pada 1 Januari 2022.
YBhg. Dato’ Ibrahim bin Ismail,
Jasa dan kenangan serta budi YBhg. Dato’ amat kami hargai dan akan terus diingati dan tersemat disanubari oleh semua warga kerja Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Semoga khidmat bakti yang dicurahkan selama ini menjadi amal kebajikan di akhirat kelak. Kami semua juga mendoakan semoga YBhg. Dato’ sentiasa diberikan perlindungan dan kesihatan yang berpanjangan oleh Allah SWT serta senantiasa dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
Sampan di dayung ke tanah semenanjung,
Singgah membeli tikar lah rotan,
Budi dikenang jasa disanjung,
Mekar subur dalam ingatan.
Ibrahim Ismail - Ketua Pengarah KRAF
TERIMA KASIH, SELAMAT BERSARA DAN JASAMU TETAP DIKENANG ! ♥️
Ikhlas daripada :
Pengurusan Tertinggi dan seluruh Warga Kerja Kraftangan Malaysia
•••
