Skip to main content

Hebahan Iklan Jawatan Kosong

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

JawatanGredPautan
PEREKA
B9
Permohonan (B9)
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
FA5
Permohonan (FA5)
PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
N1
Permohonan (N1)

Calon adalah dinasihatkan untuk menyemak syarat skim lantikan sebelum mengisi permohonan jawatan ke Gred E9 dan E5.

Syarat Skim Lantikan


Taraf Lantikan:

  • Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (interim);

  • Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.


TARIKH PERMOHONAN:

17 JUN 2025 - 1 JULAI 2025

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :

1. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL) adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.

2. Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan:

  (i) Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan (LAMPIRAN D)

  (ii) Laporan Penilaian Prestasi (LNPT)

  (iii) Pengesahan Ketua Jabatan (LAMPIRAN A)

**sila klik untuk muat turun Lampiran D dan A 

3. Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap, tidak melalui Ketua Jabatan/Perkhidmatan dan tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses.

4. Hanya calon yang melepasi tapisan akan dihubungi melalui panggilan telefon/emel yang didaftarkan.

5. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai Seksyen Pembangunan Sumber Manusia di talian 03-2162 7459 / 7533:

Puan Harnaine binti Pusiran - sambungan 110

Puan Siti Habsah binti Romlan - sambungan 215

bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map