• Utama
  • Profail
  • Latar Belakang
  • Perutusan Ketua Pengarah

Perutusan Ketua Pengarah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia Negaraku

Selamat datang dan selamat melayari portal rasmi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Kraftangan Malaysia berperanan menjadi pemimpin  dalam pembangunan industri kraf negara yang kukuh dan berdaya saing yang berperanan mengkomersialkan produk seni kraf melalui pembangunan pasaran, produk dan usahawan.

Portal kraf ini diwujudkan sebagai salah satu saluran komunikasi utama selari dengan perkembangan dunia informasi komunikasi (ICT) masa kini dengan paparan baru berserta isi kandungan yang lebih berinfomasi dan mesra pengguna sebagai platform capaian maklumat  berkaitan program, aktiviti dan bahan ilmiah kraf serta pintu gerbang kepada sistem atas talian yang memberi perkhidmatan kepada kemajuan industri kraf negara.

Sebagai sebuah agensi yang mengamalkan keterbukaan dalam sistem penyampaian, segala maklumat dikongsi bersama dan pihak kami mengalu-alukan  sebarang pertanyaan melalui alamat e-mel yang telah disediakan iaitu webmaster[at]kraftangan.gov.my. Saya amat berharap agar penerangan di dalam portal ini mampu dijadikan medium penyampaian utama sebagai sumber rujukan dalam memperoleh maklumat yang lebih tepat dan terkini. Semoga portal rasmi ini dapat memberi manfaat demi kepentingan bersama terutamanya dalam memartabatkan industri kraf.

 Selamat melayari portal Kraftangan Malaysia.

 

Sekian, terima kasih

Encik Ibrahim bin Ismail
Ketua Pengarah, Kraftangan Malaysia

Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.