• Utama
  • Perkhidmatan
  • Program Pembangunan
  • Program Warisan

Program Warisan

OBJEKTIF
Membangunkan pengusaha pengeluaran produk kraf warisan supaya menjadi usahawan yang membuat pengeluaran secara komersil.

STRATEGI PROGRAM

i.     Membangun semula kraf warisan yang diancam kepupusan.
Penggalakan pengeluaran kraf warisan yang menghadapi kepupusan dengan membangunkan usahawan yang mengeluarkan produk berkenaan secara berterusan dan sepenuh masa.

ii.     Membangun tenaga pelapis.
Pendekatan untuk membangunkan tenaga pelapis untuk mewarisi kemahiran warisan perlu diberi penekanan. Latihan secara perantisan yang dijalankan dibawah bimbingan dan pengawasan langsung tokoh berkenaan dapat diperuntunkkan. Latihan penggalakan kemahiran dijalankan dengan bantuan dari pihak Kraftangan Malaysia. Muda-mudi yang berdekatan dengan tokoh dari segi jarak tempat tinggal dan pertalian darah adalah digalak menyertai skim ini.

ii.     Pengurusan Produk.
Kajian kitaran hayat produk yang dihasilkan perlu dilakukan bagi memasti kedudukan produk yang dihasilkan dalam pasaran. Pembangunan produk melalui proses inovasi atau tambahan nilai hendaklah dibuat bagi memasti produk warisan berkenaan dapat diterima oleh pasaran kontemporari.


AKTIVITI DI BAWAH SKIM LATIHAN PERANTISAN KRAF WARISAN DAN ORANG ASLI

i.     Program Latihan Tenaga Mahir Pelapis
Latihan secara perantisan akan dijalankan di bawah bimbingan dan pegawasan langsung tokoh atau tukang yang berkemahiran. Mereka yang mempunyai pertalian darah dengan tokoh atau tukang mahir tersebut dan muda-mudi berdekatan kawasan setempat adalah digalakkan menyertai skim ini. Terdapat dua (2) peringkat latihan iaitu:-

a)    Latihan Asas.
Latihan asas akan dijalankan mengikut kategori bidang kraf warisan yang berkaitan. Bagi kategori kraf satu (1), latihan asas akan dijalankan selama 10 bulan sebelum meneruskan latihan perantisan di peringkat pengkhususan. Manakala bagi kategori kraf dua (2), latihan asas akan dijalankan selama 5 bulan.

b)    Latihan Pengkhususan.
Setelah tamat latihan asas, perantis-perantis skim akan dinilai sama layak ataupun tidak bagi meneruskan latihan di peringkat latihan pengkhususan. Latihan pengkhususan juga akan dijalankan mengikut kategori bidang kraf. Bagi kategori kraf satu (1), latihan pengkhususan akan dijalankan selama 12 bulan. Manakala bagi kategori kraf dua (2), latihan pengkhususan akan dijalankan selama 6 bulan di bawah tokoh atau tukang mahir yang sama.


ii.     Pembangunan Prasarana
Prasarana pengeluaran penggiat kraf warisan akan dipertahapkan supaya ianya lebih kondusif sebagai bengkel pengeluaran produk kraf. Penambahbaikkan seperti membina setor, showcase product, kemudahan utility (tandas) dan pendawaian akan dilakukan untuk tujuan tersebut. Pembelian mesin, jentera dan kelengkapan kerja juga akan dilakukan bagi melengkapkan kemudahan yang sedia ada. Tanda arah (signage) juga akan dibina di bengkel pengeluaran dan di luar kawasan bengkel sebagai kemudahan kepada mana-mana pihak untuk berurusan dengan usahawan.

iii.     Pembangunan Produk
Produk kraf warisan akan dibangunkan menerusi aktiviti pembangunan produk dengan memperkenalkan rekaan-rekaan baru agar dapat memenuhi citarasa pasaran kontemporari. Penambahbaikan dalam proses pengeluaran seperti fabrikasi mesin, teknik kemasan akan dilakukan. Penambahbaikkan dari segi pengunaan bahan mentah juga kan dititik beratkan. Pembungkusan produk pula akan membolehkanproduk-produk kraf warisan tempatan dapat dijual dan ditempatkan di rak-rak peragaan agar ianya nampak bernilai tinggi.

iv.     Dokumentasi Warisan
Proses dokumentasi pula meliputi mendokumenkan proses pembuatan kraf warisan itu sendiri dalam bentuk media cetak (coffe table book, kit pendidikan) dan media elektronik (video). Ianya bertujuan sebagai sumber rujukan dan sumber pendidikan kepada generasi muda dan akan datang dalam mempelajari seni kraf warisan negara.

vi.     Pemasaran dan Promosi
Kempen penggalakan penggunaan produk kraf warisan yang berkualiti hendaklah lebih kerap diadakan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Bahan promosi dalam bentuk media cetak (catalog dan brochure), penggunaan logo dan jenama yang lebih komersial juga akan dibangunkan bagi tujuan tersebut. Seterusnya usahawan-usahawan kraf warisan juga adalah digalakkan untuk turut serta di dalam aktiviti promosi dalam dan luar negara bagi mendedahkan produk kraf warisan ke pasaran lebih global.

KRITERIA PEMILIHAN

Usahawan atau pengusaha kraf warisan yang menghadapi kekurangan atau ketiadaan tenaga mahir pelapis untuk meneruskan kemahiran kraf warisan adalah diberi pertimbangan untuk menyertai skim ini. Keutamaan akan diberikan kepada tokoh kraf yang mendapat penganugerahan Adiguru dari kraftangan Malaysia.

Manakala keutamaan peserta diberikan kepada muda-mudi yang duduk berdekatan / berhampiran dengan rumah penginapan tokoh dan atau mempunyai talian darah dengan tokoh.

BANTUAN DAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Kadar pemberian elaun peserta Skim Latihan Perantisan Kraf Warisan adalah melibatkan kadar elaun peserta, kos bahan mentah dan pemberian elaun “honorarium” kepada tenaga pengajar. Dapatkan maklumat lanjut daripada pegawai yang bertanggungjawab.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Unit Pemuliharaan Kraf
Bahagian Rekaan dan Penyelidikan,
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,
Seksyen 63, Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur
No Tel : 03-2162 7459
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.