• Utama
  • Perkhidmatan
  • Program Pembangunan
  • Program Mikro Kecil Sederhana

Program Mikro Kecil Sederhana (MKS)

OBJEKTIF
Menggalak pembangunan usahawan kraf dengan pentahapan usahawan dari kategori Enterprise Mikro, Enterprise Kecil dan Enterprise Sederhana yang berdaya tahan supaya mereka menjadi pemangkin dalam pembangunan industri kraf negara.

STRATEGI
Memberi bimbingan serta bantuan kepada usahawan dari aspek pembangunan produk, operasi pengeluaran, latihan dan bimbingan, pembangunan prasarana, peralatan mesin dan juga promosi.

PENGKELASAN PEMILIHAN USAHAWAN
i. Usahawan kraf dibahagikan kepada empat (4) kategori seperti berikut:-

KATEGORI BILANGAN PEKERJA NILAI JUALAN TAHUNAN (RM)
Enterpris Mikro 1–5 < RM 250 ribu
Enterpris Kecil 6 – 50 < RM 10 juta
Enterpris Sederhana 51 – 150 < RM25 juta
Enterpris Besar 150 ke atas RM25 juta ke atas

Nota : Klasifikasi mengikut Unit Perancang Ekonomi (EPU)

ii. Dalam Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana terdapat 2 kategori usahawan yang diberi keutamaan, iaitu:-
    a)  Usahawan Enterpris Mikro untuk dipertahapkan ke kategori Enterpris Kecil.
    b)  Usahawan Enterpris Kecil untuk dibangunkan ke kategori Enterpris Sederhana.


PENTAHAPAN USAHAWAN ENTERPRIS MIKRO KE ENTERPRIS KECIL

Kriteria Pemilihan Peserta
i.      Rakyat Malaysia yang bergiat dalam pengeluaran di Malaysia secara cottage;
ii.     Mempunyai bengkel pengeluaran tetap di mana aktiviti pengeluaran dijalankan;
iii.    Bergiat dalam pengeluaran produk kraf secara sepenuh masa;
iv.    Mempunyai pekerja tetap sekurangnya 2 orang dan tidak melebihi 5 orang; dan
v.    Mempunyai kesediaan untuk meningkatkan daya produktiviti pengeluaran, bilangan pekerja dan perniagaannya untuk membangun ke tahap Enterpris Kecil.

Kemudahan dan Jenis Perkhidmatan
i.      Pembangunan tenaga kemahiran;
ii.     Pembangunan produk;
iii.    Pembangunan pengeluaran; dan
iv.    Pembangunan pasaran dan promosi.

Pelan Tindakan
Aktiviti dalam program P&Q dan orientasi pembangunan produk (product sample dan packaging) akan diadakan bagi memantapkan sistem pengeluaran bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran produk yang berkualiti dan konsisten. Pengukuhan dari aspek kompetensi keusahawanan, pengeluaran dan pemasaran dilakukan bagi menggalakkan pertumbuhan usahawan dalam kategori pemilikan keluarga supaya mempunyai pekerja seramai 6 orang ke atas yang bekerja dalam kilangnya.

Bagi menjayakan projek ini tindakan berikut diambil:-
i.     Penyediaan pelan induk pembangunan bagi projek untuk 1 – 3 tahun secara bersepadu; dan
ii.    Pemantauan dan penilaian projek.


PENTAHAPAN USAHAWAN ENTERPRIS KECIL KE ENTERPRIS SEDERHANA

Kriteria Pemilihan Peserta
i.      Rakyat Malaysia yang bergiat dalam pengeluaran di Malaysia secara cottage dan kilang;
ii.     Mempunyai bengkel pengeluaran tetap di mana aktiviti pengeluaran dijalankan;
iii.    Bergiat dalam pengeluaran produk kraf secara sepenuh masa;
iv.    Mempunyai pekerja tetap sekurangnya 6 orang dan tidak melebihi 50 orang; dan
v.    Mempunyai kesediaan untuk meningkatkan daya produktiviti pengeluaran, bilangan pekerja dan perniagaannya untuk membangun ke tahap Enterpris Kecil.

Kemudahan dan Jenis Perkhidmatan
i.      Pembangunan tenaga kemahiran;
ii.     Pembangunan produk;
iii.    Pembangunan pengeluaran; dan
iv.    Pembangunan pasaran dan promosi.

Pelan Tindakan
Aktiviti dalam program P&Q dan orientasi pembangunan produk (product sample dan packaging) akan diadakan bagi memantapkan sistem pengeluaran bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran produk yang berkualiti dan konsisten. Pengukuhan dari aspek kompetensi keusahawanan, pengeluaran dan pemasaran dilakukan bagi menggalakkan pertumbuhan usahawan dalam kategori pemilikan keluarga supaya mempunyai pekerja seramai 6 orang ke atas yang bekerja dalam kilangnya.

Bagi menjayakan projek ini tindakan berikut diambil:-
i.     Penyediaan pelan induk pembangunan bagi projek untuk 1 – 3 tahun secara bersepadu; dan
ii.    Pemantauan dan penilaian projek.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Unit Pembangunan Usahawan Kraf,
Bahagian Pembangunan Industri,
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,
Seksyen 63, Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur
No Tel : 03-2162 7459
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.