• Utama
  • Perkhidmatan
  • Program Pembangunan
  • Skim Inkubator Kraf

Skim Inkubator Pengeluaran Kraf

OBJEKTIF
Merupakan pakej kemudahan dan perkhidmatan oleh Kraftangan Malaysia khusus bagi membangunkan usahawan muda / start-up dalam pengeluaran kraf secara komersil. Para peserta akan diberikan kemudahan premis kerja / bengkel pengeluaran untuk di sewa dengan kadar minima secara tahunan dengan tidak melebihi tiga (3) tahun. Penyertaan seseorang dalam pakej ini adalah dengan had maksima selama 5 tahun dan perlanjutan tempoh penyertaan tertakluk kepada kekosongan dan prestasi.

Satu perjanjian sewaan premis dan kesefahaman sebagai peserta inkubator akan dibuat di antara Kraftangan Malaysia dengan usahawan dari setahun ke setahun. Peserta juga akan diberi bimbingan secara langsung dan diberi peluang untuk memperlengkapkan keupayaannya sebagai usahawan kraf sebelum menjalankan operasi perniagaan di premis sendiri. Peluang untuk menyertai skim ini adalah terbuka kepada usahawan yang baru memulakan perniagaan (start-up) dalam pengeluaran kraf

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 18 tahun ke atas;
iii. Telah tamat pengajian daripada Institut Kraf Negara (IKN) atau mana- mana individu yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam aktiviti perniagaan dan pengeluaran kraf sekurang- kurangnya selama satu (1) tahun;
iv.i Mengeluarkan produk kraf tempatan yang diiktiraf oleh Kraftangan Malaysia; dan
v. Berdaftar dengan kraftangan Malaysia.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

i. Penyewaan ruang premis pengeluaran / operasi dengan kadar sewaan berpatutan;
ii. Penggunaan kemudahan peralatan / mesin gunasama di cawangan negeri;
iii. Khidmat peningkatan produktiviti dan kualiti; dan
iv. Diberi keutamaan untuk menyertai aktiviti- aktiviti di bawah program yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia.

KADAR SEWAAN PREMIS INKUBATOR DI CAWANGAN NEGERI

BIL NEGERI KADAR SEWAAN KAKI PERSEGI (RM)
1 Perlis 0.15
2 Kedah 0.15
3 Perak 0.08
4 Negeri Sembilan 0.11
5 Melaka 0.20
6 Pahang 0.18
7 Terengganu 0.15
8 Kelantan 0.15
9 Sabah 0.60
10 Sarawak 0.40


KADAR INSENTIF SEWAAN RUANG KERJA BAGI SKIM INKUBATOR PENGELUARAN KRAF

TAHUN PERTAMA TAHUN KEDUA TAHUN KETIGA) TAHUN KEEMPAT DAN BERIKUT
6 bulan pertama percuma / 6 bulan kedua (75% potongan) 12 bulan (50%potongan) 12 bulan (25% potongan) 12 bulan (tiada potongan)



SEBARANG PERTANYAAN LANJUT,
SILA HUBUNGI CAWANGAN KRAFTANGAN MALAYSIA SEPERTI DI BAWAH:-

BIL CAWANGAN NEGERI NOMBOR TELEFON
1 Perlis 04 - 985 5278
2 Kedah 04 - 714 4103
3 Perak 05 - 757 6200
4 Negeri Sembilan 06 - 481 1045
5 Melaka 06 - 253 1500
6 Pahang 09 - 538 5677
7 Terengganu 09 - 617 1033
8 Kelantan 09 - 712 6266
9 Sabah 08 - 843 3461
10 Sarawak 08-244 4205


Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.