• Utama
  • Perkhidmatan
  • Pengumuman
  • Permohonan kemasukan ke Institut Kraf Negara (IKN) bagi sesi pengajian Julai – Disember 2018/2019

Permohonan kemasukan ke Institut Kraf Negara (IKN) bagi sesi pengajian Julai – Disember 2018/2019


Permohonan kemasukan ke Institut Kraf Negara (IKN) bagi sesi pengajian Julai – Disember 2018/2019 (semester 1) kini dibuka.

Tempoh permohonan adalah dari 15 Januari 2018 hingga 31 Mei 2018.

Muat Turun
>>Borang Permohonan Kemasukan ke Institut Kraf Negara
>>Borang Maklumat Waris

 


Antara Program yang ditawarkan

Program Diploma – Tiga (3) Tahun

Program Sijil – Dua (2) Tahun

 Kursus yang ditawarkan:

  • Seni Kraf Batik
  • Seni Kraf Tenunan
  • Seni Kraf Kayu
  • Seni Kraf Logam
  • Seni Kraf Seramik
  • Seni Kraf Rotan

 


 SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Syarat Am Institut

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18-30 tahun.
  3. Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang kraf.

 Syarat Khas Program Pengajian Sijil

1. Memenuhi Syarat Am Institut;

DAN

2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum 1 (satu) kredit dalam mana-mana mata pelajaran;

DAN

3. Lulus temuduga dan ujian lukisan.

 Syarat Khas Program Pengajian Diploma

1. Memenuhi Syarat Am Institut;

DAN

2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum 3 (tiga) kredit dalam mana-mana mata pelajaran;

ATAU

3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum 1 (satu) kredit dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 atau Sijil yang setara dengannya;

DAN

4. Lulus temuduga dan ujian lukisan.

 Syarat PEWARIS

1. Memenuhi Syarat Am Institut;

DAN

2. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang kraf;

DAN

3. Mempunyai hubungan kekeluargaan dengan usahawan kraf yang berdaftar dengan Kraftangan Malaysia;

DAN

4. Lulus temuduga dan ujian melukis;

DAN

5. Dokumen sokongan.

a) Sijil Pendaftaran Usahawan Kraf, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

b) Sijil Penyertaan Usahawan Kraf dalam program atau aktiviti anjuran Kraftangan Malaysia (jika ada).

c) Borang calon PEWARIS yang lengkap.

 ------------------------------------------------------------------

Sebarang pertanyaan sila hubungi IKN di talian 03-60915322 dan berurusan dengan :

  • Encik Harmaini Othman– Sambungan 160
  • Puan Mariam Abdullah – Sambungan 165
  • Encik Saharizad Saidin – Sambungan 161
  • Encik Muhd Zaim Rosni – Sambungan 162
  • Encik Rosli Bin Abdul – Sambungan 167
  • Puan Noor Suraya Kamarudin – Sambungan 163
  • Encik Muhammad Hafizuddin Abdul Rahman – Sambungan 168

atau layari http://www.ikn.gov.my
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.