• Utama
  • Kompleks Kraf
  • Kompleks Kraf Melaka

Kompleks Kraf Melaka

  • Pengenalan

    Kompleks Kraf Melaka telah mula dibuka pada penghujung Oktober 2013. Kompleks yang terletak di Ayer Keroh ini merupakan pusat kraf setempat bagi pengunjung tempatan dan luar negara untuk mendapatkan produk dan maklumat berkaitan kraf tempatan yang mempunyai nilai estetika tersendiri.

    Terletak di lokasi strategik iaitu 1.8 km dari plaza Tol Ayer Keroh dan dikelilingi beberapa lokasi pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong di negeri Melaka seperti Taman Mini Malaysia, Zoo Melaka dan Taman Buaya.
  • Waktu Operasi


    Dibuka setiap hari (Isnin hingga Ahad)
    Masa: 9.00 pagi hingga 6.00 petang
  • Tarikan Utama

    Jualan Kraf
    Menawarkan pelbagai pilihan produk kraf tempatan yang menarik di Kedai Karyaneka yang mampu dimiliki oleh pengunjung dengan tawaran harga yang berpatutan. Antara produk kraf yang dijual ialah produk hadiah dan cenderamata, pakaian dan aksesori, kemasan dan perhiasan rumah serta perabot dari pelbagai bidang kraf.

    Pendidikan Kraf
    Memberi peluang dan pengalaman kepada pengunjung untuk mempelajari dan mencuba sendiri proses pembuatan produk kraf. Bayaran minimum dikenakan kepada pengunjung yang ingin mencuba aktiviti ini.
    Aktiviti interaktif dan pendidikan kraf yang ditawarkan seperti berikut:

    a) Mencanting & Mewarna Batik
    b) Mewarna Tabung Seramik
    c) Menganyam Bekas & Bakul Rotan
    d) Mendekohias Permukaan Tempurung
    e) Mendekohias Permukaan Rantai kunci
    f) Mendekohias Permukaan Terompah Magnet
    g) Membuat Gelang Bermanik dan Tasbih
    h) Menganyam Kertas Surat Khabar
    i) Membuat Pasu Seramik (Teknik Coilling)
    j) Membuat Layang-Layang

    Demonstrasi Kraf
    Memberi pendedahan kepada pengunjung untuk melihat sendiri bagaimana produk kraf dihasilkan. Antara aktiviti demonstrasi kraf yang dijalankan ialah mencanting dan mewarna batik, ukiran kayu, anyaman rotan dan pembuatan gasing.
  • Lawatan Berpandu

    Kompleks Kraf Melaka menyediakan perkhidmatan Lawatan Berpandu Berkumpulan secara percuma kepada semua pengunjung.

    Untuk permohonan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai kami Puan Nor Azlinda binti Ahmad Tahir di talian 06-2531500 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
  • Galeri Foto

  • Hubungi Kami

    Kompleks Kraf Melaka
    Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya
    75450 Ayer Keroh, Melaka
    Tel: 06-2531500 Faks: 06-2531510
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.