• Utama
  • Kompleks Kraf
  • Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Kompleks Kraf Kuala Lumpur

  • Pengenalan

    PUSAT KRAF SETEMPAT
    ‘’Destinasi Patut Dilawati”

    Kompleks Kraf Kuala Lumpur, ikonik seni di kota raya menawarkan produk pelancongan seni kraf untuk pengunjung tempatan dan luar negeri. Kompleks bercirikan seni bina Melayu Terengganu menghimpunkan produk–produk kraf tangan tradisi mahupun moden kontemporari dari seluruh negara.

    Kompleks Kraf mengetengahkan panorama desa dengan landskap berkonsepkan Malaysiana membezakan Kompleks Kraf dengan gedung beli- belah berprestij di sekitar Kuala Lumpur dengan berteraskan tiga konsep pendidikan, pemasaran dan pembudayaan. Mengunjungi Kompleks Kraf menerokai kehidupan masyarakat Malaysia.
  • Waktu Operasi


    Dibuka : Setiap hari (Isnin - Ahad)
    Waktu : 9.00 pagi hingga 6.00 petang

  • Tarikan Utama



    AUTENTIK KRAF MALAYSIA

    Kompleks Kraf Kuala Lumpur menawarkan kepelbagaian produk autentik sebagai cenderahati, hiasan dalaman, perhiasan diri, fesyen tekstil terkini, produk hiasan laman dan taman mahupun kegunaan harian. Keunikan produk-produk cenderahati ini boleh didapati di Kedai Karyaneka Cenderamata dan SDSI CraftShoppe. Kedai Karyaneka Korporat pula menawarkan produk-produk cenderamata korporat daripada logam perak, tembaga, piuter, kayu dan kristal.

    Peminat-peminat fesyen terkini boleh memperoleh tekstil Malaysia batik, tenunan dan songket boleh di Karyaneka Kraf Butik. Produk-produk khas yang mempunyai konsep dan bertema dengan pengekalan elemen tradisi kontemporari direka khas oleh pereka-pereka dalaman dipamerkan khas untuk jualan dilobi Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan dikenali dengan jenama PREKA.


    PEMBUDAYAAN: PENGHAYATAN SUATU PERADABAN

    PENDIDIKAN

    Keunikan Kompleks Kraf Kuala Lumpur dikenali dengan aktiviti-aktiviti yang ditawarkan melalui elemen pendidikan yang diterapkan pada setiap produk pelancongan.  Ekspresi sendiri pengalaman menghasilkan produk kraf di Perkampungan Kraf dalam seni pembuatan batik, beg, ukiran kayu, seramik, logam, piuter dan penghasilan aksesori perhiasan diri.

    Berkunjung di perkampungan pelukis menyaksikan karyawan seni memperagakan hasil seni berimej Malaysia dari pelbagai medium, gaya dan bentuk yang diterjemahkan melalui kanvas, teknik catan mahupun potret memberikan satu santapan jiwa yang menarik. Pengunjung boleh berinteraksi serta menyaksikan karyawan seni meluahkan idea dan ilham serta mempelajari seni catan.

    PEMAKANAN

    Craft Delight menyediakan ruang penyajian makanan tempatan yang lazat dan dengan harga yang berpatutan

    PUSAT RUJUKAN PREKA CENTRE

    Pusat informasi pereka, rekaan dan produk kraf yang diselarikan dengan peredaran zaman, trend dan permintaan pasaran. Preka Centre tempat aktiviti perkongsian ilmu yang dilaksanakan bersama pereka, usahawan, ahli akademik serta penggiat kraf.

     

  • Lawatan Berpandu

    Kompleks Kraf Kuala Lumpur menyediakan perkhidmatan Lawatan Berpandu Berkumpulan secara percuma kepada semua pengunjung.

    Bagi mereka yang berminat untuk menempah atau memerlukan sebarang maklumat tambahan atau pertanyaan, sila hubungi pegawai kami di talian 03-216 11470 (Talian Terus) / 03-2161 74509 (Talian Umum).

    Bagi penempahan secara dalam talian, sila klik di sini

    Borang Lawatan Berpandu Online

    Anda juga boleh hubungi kami melalui e-mel komplekskrafkl[at]kraftangan.gov.my.
  • Kemudahan

    Tersedia kemudahan-kemudahan komuniti dan sosial yang boleh disewa oleh syarikat-syarikat konglomerat, swasta, agensi kerajaan serta orang perseorangan bagi aktiviti perkahwinan, acara korporat , jamuan makan, majlis perasmian, seminar dan aktiviti-aktiviti riadah.

    Dewan Sri Utama– Memuatkan seramai 100 orang dalam satu-satu masa untuk satu untuk jamuan makan dan seminar.

    Panggung Sari– Ruang amphiteater dengan rekaan ukiran kraf bercirikan moden dan tradisional dilengkapi kemudahan sistem bunyi dan LED skrin. Boleh memuatkan seramai 600 hingga 700 orang. Sesuai bagi acara korporat dan perasmian.

    Laman Wau– ruang berukiran moden dan tradisional yang dilengkapi dengan tata rias dan pencahayaan, kemudahan sistem bunyi dan LED skrin sesuai untuk aktiviti berskala kecil dan santai. Boleh memuatkan seramai 100 hingga 150 orang.

     

  • Galeri Foto

    DSC 0716
    DSC 0746
    DSC 0752
    DSC 0754
    DSC 0777
    DSC 0792
    DSC 0805
    DSC 2345
    DSC 2350
    DSC 4928
    DSC 4937
    DSC 7837
    DSC 8421
    DSC 8641
    Preka
  • Hubungi Kami


    Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
    Kompleks Kraf Kuala Lumpur
    Seksyen 63, Jalan Conlay
    50450 Kuala Lumpur
    Tel:03-21611470 Faks:03-21611501
  • Zoom KKKL

    Zoom1-
  • Surat Berita

    newsletterKKKL
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.