• Utama
  • Kompleks Kraf
  • Kompleks Kraf Johor

Kompleks Kraf Johor

  • Pengenalan

    Kompleks Kraf Johor atau dikenali dengan panggilan KKJ merupakan destinasi persinggahan setempat pelancongan (One Stop Tourist Centre) berkonsepkan ikonik seni dan budaya tempatan di selatan tanah air.

    • Merupakan hub pemasaran utama produk kraf tempatan
    • KKJ membawa pendekatan ‘Alami dan Rasai’ pengalaman estetika dan autentik melalui konsep penghayatan, pengalaman dan perkongsian
    • Kompleks Kraf Johor bukan hanya semata-mata untuk dilawati, malah pengunjung turut berpeluang menyertai aktiviti – aktiviti kesenian dan kebudayaan yang dianjurkan seperti interaktif kraf, bengkel pembuatan kraf, demonstrasi kraf, persembahan muzikal serta aktiviti lawatan berpandu berkumpulan. Pengunjung juga boleh menyertai aktiviti mengikut kegemaran masing – masing
  • Waktu Operasi


    Setiap hari
    9.00 pagi hingga 6.00 petang
  • Tarikan Utama

    Kompleks Kraf Johor merangkumi beberapa komponen utama seperti :

    PUSAT JUALAN

    Mempunyai pusat jualan cenderamata KARYANEKA dan Ole-Ole Johor yang menawarkan produk kraf autentik, beridentitikan Negeri Johor dengan mengadaptasikan motif, fungsi dan ciri ikonik seni masyarakat setempat

    PENDIDIKAN

    • Galeri Kraf Warisan – Konsep Penerokaan Kraf Malaysia yang mengetengahkan alat muzik tradisional Negeri Johor. Ia diharap dapat memberi pendedahan kepada pengunjung melalui proses penghasilan alat muzik seperti gambus, kompang, angklung, kempingan dan gamelan. Elemen sentuhan dan alamilah sendiri pengalaman bermain alat muzik tradisional Negeri Johor mendekatkan lagi pengunjung kepada seni dan budaya Johor

    • Perkampungan Kraf – Bercirikan Perkampungan Melayu, lima (5) buah wakaf beroperasi setiap hari dan pengunjung berpeluang melihat dan mempelajari seni pembuatan produk kraf. Di sini kami menyediakan proses pembuatan alat muzik tradisional, patung wayang kulit, anyaman rotan, jahitan dan sulaman. Berkonsepkan pendidikan, Perkampungan Kraf memberi pengalaman yang amat bernilai bagi merasai sendiri cara penghasilan produk kraf

    PEMAKANAN

    Sebagai pelengkap sebuah destinasi pelancongan, Kompleks Kraf Johor turut menghidangkan pelbagai sajian makan tradisional negeri Johor seperti Laksa Johor, Mee Rebus, Soto, Asam Pedas dan Sup Tulang Merah.

    CENTRE OF LEARNING

    Salah satu pusat informasi kraf yang boleh didapati di Johor Bahru dengan menyediakan aktiviti perkongsian ilmu melalui bahan , produk kraf, temubual secara langsung bersama usahawan, aktiviti demonstrasi pembuatan produk kraf dan pendidikan kraf

    KEMUDAHAN / FASILITI

    Mempunyai ruang sewaan seperti bilik seminar atau kursus yang dapat menampung 30 hingga 50 orang peserta. Juga lengkap dengan pendingin hawa, PA System, projector dan layar

    Aktiviti Interaktif Kraf yang ditawarkan

    Mewarna / Mencanting Batik (Frame)
    Saiz : 11’’x11’’
    Masa : 1 Jam
    Harga : RM18

    Mewarna / Mencanting Batik (Wau)
    Saiz : 11’’x14’’
    Masa : 1 Jam
    Harga : RM25

    Penanda Buku dan Key Chain Wayang Kulit
    Saiz : 3’’
    Masa : 40 minit
    Harga : RM15

    Key Chain Kompang
    Saiz : 1.5’’ x 0.5’’
    Masa : 40 minit
    Harga : RM10

    Mewarna Seramik
    Saiz : 4’’
    Masa : 40 minit
    Harga : RM10

    Membuat Layang-Layang
    Saiz : 24’’ x 24’’
    Masa : 30 minit
    Harga : RM10

    Batik Ikat dan Celup
    Saiz : 12’’ x 12’’
    Masa : 15 minit
    Harga : RM10

    Key Chain Angklung
    Saiz : 2’’ x 3’’
    Masa : 40 minit
    Tempahan : 1 minggu sebelum
    Harga : RM15

    Gambus Mini
    Saiz : 3.5’’ x 2’’
    Masa : 40 minit
    Tempahan : 3 minggu sebelum
    Harga : RM35

    Tiup-Tiup (Alat Muzik)
    Saiz : 4.5’’
    Masa : 40 minit
    Tempahan : 1 minggu sebelum
    Harga : RM10

    Kompang
    Saiz : 8’’
    Masa : 4 jam
    Tempahan : 3 minggu sebelum
    Harga : RM55

    Bakul Rotan Kecil
    Saiz : 5’’ x 5’’
    Masa : 3 jam
    Tempahan : 2 minggu sebelum
    Harga : RM15

    Beg Syiling
    Saiz : 3’’x 7’’
    Masa : 2 jam
    Tempahan : 1 minggu sebelum
    Harga : RM17

    Gendang Mini
    Saiz : 5’’
    Masa ; 2 jam
    Tempahan : 2 minggu sebelum
    Harga RM37

    Seruling
    Saiz : 13’’
    Masa : 1 jam
    Tempahan : 3 minggu sebelum
    Harga : RM35

    Jahitan Beg Mini
    Saiz : 4.5’’
    Masa : 2 jam
    Tempahan : 3 minggu sebelum
    Harga : RM35

  • Lawatan Berpandu

    Penyertaan aktiviti lawatan berpandu berkumpulan, sila hubungi Kompleks Kraf Johor (Encik Mohd Ridhuan Bin Abu Bakar) di talian 07-2350433
  • Galeri Foto

    DSC 0249
    DSC 0441
    DSC 0510
    DSC 0545
    DSC 0585
    DSC 0609
    DSC 0614
    DSC 0803
    DSC 0827
    DSC 0903
    DSC 0914
    DSC 0933
    DSC 0969
    DSC 1030
    DSC 9828
    DSC 9845
    DSC 9859
    DSC 9862
    DSC 9867
    DSC 9878
    DSC 9892
  • Hubungi Kami


    Kompleks Kraf Johor
    Lot.PTB 2002, Jalan Chenderasari Off Jalan Datin Halimah
    80350 Larkin Johor
    Tel:07-2350433 Faks:07-2350432
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.