• Utama
  • Projek Kraf Kampungku

Projek Kraf Kampungku

Kraf Kampungku merupakan inisiatif Perbadanan kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) untuk membangunkan komuniti setempat di bawah program Satu Daerah Satu Industri (SDSI)-Produk Kraf. Ia berkait rapat dengan produk unik, sejarah , budaya dan identiti sesuatu tempat.

Meningkatkan keupayaan dan mengukuhkan usahawan melalui pembangunan produk, peningkatan kemahiran dan produktiviti, peluasan akses kepada pasaran dan kebolehcapaian produk kraf dikalangan masyarakat.

Kraf Kampungku memberi limpahan faedah kepada industri lain seperti industri pelancongan, inap desa, sektor perkhidmatan, industri hiliran serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

  • Objektif

    Objektif utama dalam perlaksanaan Projek Kraf KampungKu adalah seperti berikut:

    1. Pembangunan Usahawan adalah bagi mewujudkan projek pembangunan usahawan yang berjaya, berpotensi dan berdaya saing melalui pelaksanaan program secara bersepadu dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan dan Swasta;
    2. Peningkatan Pengeluaran dengan mensasarkan kadar pengeluaran produk ditingkatkan sebanyak 10% hingga 20 % dalam tempoh setahun;
    3. Peningkatan Jualan Usahawan Kraf juga disasarkan meningkat dengan kadar 10% hingga 20% dalam tempoh masa setahun;
    4. Taraf ekonomi setempat merangkumi aspek komuniti setempat juga disasarkan meningkat dengan pendekatan projek Kraf KampungKu; dan seterusnya
    5. Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk serta komuniti setempat.
  • Kriteria Pemilihan

    Kriteria dalam membangunkan sesuatu Projek Kraf KampungKu perlu memenuhi kriteria-kriteria berikut: -

    • Pengeluaran Produk Kraf yang unik (Signature Product);
    • Kemudahan Prasarana yang memudahkan Akses;
    • Bilangan usahawan kraf yang ramai;
    • Kesediaan pihak usahawan untuk menerima perubahan;
    • Sosio ekonomi setempat yang mana purata pendapatan usahawan kraf berada di dalam kategori B40; dan
    • Kedudukan geografi di bawah liputan inisiatif Wilayah Ekomoni Koridor.
  • Pelan Inisiatif

Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.