• Utama
  • Festival Kraf Melaka 2019

Festival Kraf Melaka 2019

  • Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka (TMM) dengan bertemakan A Gateway to Historic Malaysia. Pelbagai acara dan program menarik bakal disajikan kepada pelancong untuk mencapai sasaran seramai 20.0 juta orang kedatangan pelancong pada tahun 2019.

    Oleh itu, Kraftangan Malaysia mengambil peluang ini untuk menganjurkan aktiviti Festival Kraf Melaka bagi mempromosi dan memasarkan produk kraf di lokasi tumpuan pelancong serta mengangkat seni warisan kraf tempatan kepada pengunjung dan pelancong yang hadir ke Melaka. Penganjuran ini juga bersempena Festival Kraf Kebangsaan 2019 yang disambut sepanjang bulan Mac 2019.
  • OBJEKTIF/ TUJUAN
    • Memberi peluang kepada usahawan kraf dalam mempromosi dan memasarkan produk kraf secara terus kepada pengguna;
    • Memperluaskan pasaran kraf kepada pelancong dari dalam dan luar negara yang berkunjung ke negeri Melaka terutama sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2019;
    • Memberi kesedaran dan informasi terkini kepada penghasilan industri kraf negara ke arah imej yang lebih moden dan bersifat kontemporari bagi memenuhi permintaan pasaran domestik dan antarabangsa; dan
    • Menanam minat pengguna terhadap produk kraf tempatan serta menggalakkan pemakaian produk kraf tempatan sebagai satu gaya hidup.


    KONSEP
    • Festival Kraf Melaka ini akan dilaksana dengan berkonsepkan ‘Membudayakan Rakyat Dengan Seni Kraf’;
    • Pemilihan lokasi festival yang berlandaskan ciri-ciri crowd ready dan tourist attraction, pengguna akhir ini secara tidak langsung akan terus mendapat manfaat atas penyertaan usahawan yang menampilkan produk-produk kraf pada harga yang kompetitif; dan
    • Mengenengahkan aktiviti jualan, pameran, demonstrasi dan interaktif kraf serta persembahan kesenian dengan penglibatan pelbagai kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India serta kaum yang terdapat di Melaka iaitu Portugis, Baba Nyonya dan Chetti.
    • Jualan Kraf

      Aktiviti jualan kraf ini akan disertai oleh 64 pengusaha kraf dari seluruh Negara merangkumi bidang kraf seperti:
      • Tekstil
      • Logam
      • Hasil Rimba
      • Hasil Tanah
      • Aneka Kraf
    • Demonstrasi Kraf

      Memberi pendedahan dan peluang kepada pengunjung untuk melihat sendiri bagaimana produk kraf dihasilkan. Demonstrasi ini dijalankan dari mula proses sehingga penghasilan produk kraf. Aktiviti demonstrasi yang dijalankan adalah seperti:
      • Anyaman Rotan
      • Kasut Terompah
      • Replika Rumah Melaka
      • Ukiran Kayu
      • Cincin Perak
    • Pendidikan & Interaktif

      Memberi pendedahan dan peluang kepada pengunjung untuk mencuba dan menghasilkan produk kraf sendiri. Aktiviti interaktif yang dijalankan seperti:
      • Mewarna Batik
      • Anyaman Rotan
      • Mewarna Permukaan Seramik
      • Pembuatan Layang-layang
    • Persembahan Kesenian

      Melibatkan kumpulan kebudayaan tempatan dengan kerjasama agensi kerajaan dan persatuan bagi mengadakan persembahan seperti:
      • Muzik Asli (Dondang Sayang)
      • Tarian Etnik Melaka (Melayu, Portugis, Baba Nyonya, Chetti)
    • Pertandingan

      Memberi peluang kepada pengunjung untuk menonjolkan bakat dan berpeluang memenangi hadiah. Pertandingan yang dijalankan seperti:
      • Kompang Berirama
      • Mewarna Kanak-Kanak
      • Kebaya Cilik
      • Nyanyian Irama Malaysia
    • Pameran

      Memberi informasi berkaitan kraf dan mengetengahkan keunikan hasil seni kraf melalui pameran seperti:
      • Batik Melaka Mempesona
      • Institut Kraf Negara (IKN)
      • Kraf Komuniti Ku
      • Produk Baru
    • Demonstrasi & Jualan Makanan Tradisi Malaysia

      Pengunjung turut berpeluang melihat demonstrasi makanan tradisional seperti:
      • Kuih Chang
      • Kuih Ku
      • Kuih Serabai
      • Cara Berlauk
      • Biskut Kelapa
  • Lokasi Festival Kraf Melaka 2019


    Dataran Menara Taming Sari,
    Jalan Merdeka, Banda Hilir,
    75000 Melaka

    Anjuran
    Kraftangan Malaysia,
    Kompleks Kraf Melaka,
    Lebuh Ayer Keroh,
    75450 Ayer Keroh,
    Melaka
    Tel : 06-253 1500
    Faks : 06-2531520
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.