• Utama
  • Services
  • Supplier Registration

Pendaftaran Pembekal

Soalan 1:   APAKAH TUJUAN PENDAFTARAN PEMBEKAL / KONTRAKTOR?

1.  Kraftangan Malaysia melaksanakan sistem pendaftaran pembekal / kontraktor adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat dan rekod syarikat pembekal / kontraktor yang mempunyai kemahiran dan kelayakan untuk melaksanakan bekalan / perkhidmatan / kerja di Kraftangan Malaysia.

2.  Setiap syarikat pembekal / kontraktor yang ingin mengambil bahagian dalam perolehan dengan Kraftangan Malaysia dikehendaki mendaftar dengan Unit Kewangan & Kejuruteraan (Perolehan), Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan.


Soalan 2:   MENGAPA PEMBEKAL / KONTRAKTOR PERLU BERDAFTAR?

1.  Disenaraikan sebagai pembekal / kontraktor yang berpotensi mengikut kemahiran dalam bidang yang bersesuaian di Kraftangan Malaysia.

2.  Membolehkan syarikat / kontraktor mengambil bahagian dalam urusan perolehan di Kraftangan Malaysia.

3.  Syarikat / kontraktor yang berdaftar berpeluang membekal barangan / perkhidmatan yang ditawarkan.


Soalan 3:   APAKAH SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN?

1.  Mengisi borang pendaftaran dengan lengkap beserta dengan dokumen sokongan.

2.  Membuat bayaran pendaftaran.

3.  Tempoh sah laku pendaftaran pembekal / kontraktor adalah selama satu(1) tahun. Selepas tamat tempoh sah laku, syarikat dikehendaki memperbaharui pendaftaran dan bayaran akan dikenakan sebanyak RM10.00 setiap kali pembaharuan.

4.  Pendaftaran ini bukan merupakan perjanjian untuk mendapatkan mana-mana pembekalan / perkhidmatan / kerja dengan Kraftangan Malaysia.

5.  Maklumat dalam borang pendaftaran adalah sulit.


Soalan 4:   BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK BERDAFTAR?

1.  Mengisi Borang Pendaftaran Pembekal yang boleh didapati di Unit Kewangan & Kejuruteraan (Perolehan), Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan.

2.  Anda juga boleh muat turun Borang Pendaftaran Pembekal dari laman web rasmi Kraftangan Malaysia di alamat URL: www.kraftangan.gov.my.
[MUAT TURUN] Borang Pendaftaran Pembekal

3.  Menyertakan dokumen sokongan seperti Profil Syarikat, salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan, Taraf Bumiputera, SSM, CIDB, PKK dan lain-lain yang berkaitan.

4.  Membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM10.00 di Unit Kewangan & Kejuruteraan (Perolehan), Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan.

5.  Bayaran boleh dibuat secara Tunai atau menggunakan Wang Pos / Wang Kiriman Pos / Draf Bank Berpalang atas nama PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA.

6.  Menghantar Borang Pendaftaran bersama dokumen sokongan dan bukti pembayaran ke alamat:

Unit Kewangan & Kejuruteraan (Perolehan),
Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Tingkat 1, Bangunan Seri Utama
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Seksyen 63, Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur
( U/P: Encik Mohd Shahrir Bin Muhamad Ramli)


7. Pihak Kraftangan Malaysia akan menghantar Surat Pengesahan Pendaftaran berserta Nombor Pendaftaran Pembekal selepas dokumen permohonan telah selesai diproses sepenuhnya.


Soalan 5:   BAGAIMANA UNTUK SAYA MEMBUAT PERTANYAAN?

Sebarang pertanyaan mengenai proses dan status pendaftaran, sila hubungi Unit Kewangan & Kejuruteraan (Perolehan), Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan di talian 03-2162 7459 (Pejabat) atau 03-2162 7434 (Faks) atau hantarkan pertanyaan anda melalui e-mel di alamat perolehan[at]kraftangan.gov.my
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.