• Utama
  • Services
  • Program Pembangunan
  • Program Satu Daerah Satu Industri

Program Satu Daerah Satu Industri (Produk Kraf)

Program SDSI merupakan program pembangunan ekonomi yang dijalankan secara komuniti setempat dan dapat memberi manfaat langsung berasaskan produk unik yang beridentiti sesebuah daerah / tempat.

  

Objektif Program

Objektif pembangunan Program SDSI adalah untuk melonjakkan produk setempat sebagai industri yang berdaya maju seiring dengan pembangunan usahawan yang berdaya saing dalam 3 tonggak seperti berikut:-

i. Usahawan

Mewujudkan masyarakat usahawan yang kreatif dan berinovasi melalui aktiviti sosio-ekonomi secara komuniti.

ii. Industri

Mewujudkan industri bertaraf PKS yang diusahakan secara komersial berorientasikan model perniagaan yang berdaya tahan dan berdaya maju serta mempunyai rantaian nilai ekonomi.

iii. Produk

Mewujudkan produk unik yang dapat memperkenalkan sesebuah daerah atau keistimewaan setempat yang memberikan identiti kepada daerah tersebut.

 

Kriteria Pemilihan

Produk hendaklah memenuhi ketiga-tiga kriteria yang ditetapkan seperti berikut:-

i. Kegiatan Yang Melibatkan Komuniti Setempat 

Sesuatu projek dijalankan oleh kumpulan/ koperasi/ persatuan/ syarikat persendirian  dalam rantaian industri yang melibatkan komuniti setempat.

ii. Produk Unik 

Produk yang mempunyai keunikan ciri/keistimewaan setempat  yang dapat memberikan identiti atau imej kepada daerah berkenaan. 

iii. Peluang Pekerjaan

Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan

 

Pendaftaran Projek

Setiap permohonan hendaklah dikemukakan kepada Urusetia Jawatankuasa Kerja SDSI-Produk Kraf, Seksyen Pembangunan Usahawan Kraf. Setiap permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan perkara berikut:-

i.  Maklumat Projek; dan

ii. Borang Profil Usahawan SDSI-Produk Kraf.
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.