• Utama
  • Services
  • Program Pembangunan
  • Pembangunan Usahawan Muda/ Baru

Pembangunan Usahawan Muda/ Baru

Membangunkan usahawan muda dan usahawan baru yang mempunyai kesediaan untuk menjadi usahawan kraf untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang keusahawanan dan kemahiran dalam aktiviti pengeluaran. Sub aktiviti yang akan dilaksanakan adalah:

Skim Inkubator Pengeluaran Kraf

Pakej kemudahan dan perkhidmatan khusus bagi membangunkan usahawan muda / start-up dalam pengeluaran kraf secara komersil. Peluang untuk menyertai skim ini adalah terbuka kepada usahawan baru (start-up) dalam pengeluaran kraf dan graduan Institut Kraf Negara. 

Kemudahan Disediakan

  1. Penyewaan ruang premis pengeluaran / operasi dengan kadar sewaan yang berpatutan;
  2. Penggunaan kemudahan guna sama peralatan / mesin dan business center di Cawangan Negeri;
  3. Khidmat peningkatan produktiviti dan kualiti; dan
  4. Keutamaan untuk menyertai program anjuran Kraftangan Malaysia.

 

Syarat-Syarat Penyertaan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 18 tahun ke atas;
  3. Graduan Institut Kraf Negara (IKN) atau mana-mana individu yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam aktiviti perniagaan dan pengeluaran kraf sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun;
  4. Mengeluarkan produk kraf tempatan yang diiktiraf oleh Kraftangan Malaysia; dan
  5. Berdaftar di bawah program Kraftangan Malaysia.


Permohonan Penyertaan

>>muat turun borang

 atau melalui Cawangan Negeri. Borang yang telah lengkap diisi perlu dimajukan ke Cawangan Negeri di mana adanya kekosongan ruang kerja sepertimana yang diiklankan bersama dokumen sokongan seperti berikut; 

  1. Salinan Slip/ Borang Pendaftaran Usahawan Kraf;
  2. Profail Syarikat;
  3. Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); dan
  4. Salinan Kad Pengenalan.

Kadar Sewaan Premis Inkubator Di Cawangan Negeri

Kraftangan Malaysia menyediakan ruang premis pengeluaran / operasi untuk disewa atas kadar minima secara tahunan bagi menjalankan aktiviti pengeluaran secara sepenuh masa di bawah bimbingan Kraftangan Malaysia. Kadar sewaan mengikut negeri seperti berikut:

 Bil.  Negeri   Kadar Sewaan Kaki Persegi (RM)  
 1.  Perlis 0.15
2.   Kedah 0.15 
3.  Pulau Pinang 0.15
4.  Perak 0.08
5.  Negeri Sembilan  0.11
6.  Selangor 0.40
7.  Melaka  0.20
Pahang  0.18
9.  Terenggganu  0.15
10. Kelantan 0.15
11. Sabah 0.05
12.  Sarawak 0.04


Insentif Sewaan Premis Pengeluaran / Operasi


    Tahun Pertama   Tahun Kedua Tahun Ketiga Tahun Keempat Dan Berikut
6 Bulan Pertama 6 Bulan Kedua 12 Bulan 12 Bulan 12 Bulan
Percuma Pengurangan Harga Sewaan 75% Pengurangan Harga Sewaan 50% Pengurangan Harga Sewaan 25% Kadar Sebenar Sewaan

Deposit Premis Inkubator

 

Peserta Skim Inkubator Pengeluaran Kraf perlu menyediakan wang deposit sebanyak RM250.00 bagi perkhidmatan utiliti dan sewaan. Berikut  adalah butirannya;

Perkara Kadar (RM)
Deposit Sewaan 100.00
Deposit Utiliti (api dan air) 150.00   


Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi cawangan Kraftangan Malaysia seperti di bawah:-



 Bil.  Cawangan Negeri   Nombor Telefon  
 1. Perlis 04 - 985 5278
2.  Kedah 04 - 714 4103
3.  Pulau Pinang 04 - 578 3660
4.  Perak 05 - 757 6200
5.  Negeri Sembilan  06 - 481 1045
6.  Selangor 03 - 6091 4560
7.  Melaka  06 - 253 1500
Pahang  03 - 6091 4560
9.  Terenggganu  09 - 617 1033
10. Kelantan 09 - 712 6266
11. Sabah 08 - 843 3461
12.  Sarawak 08 - 244 4205
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.