• Utama
  • Services
  • Program Pembangunan
  • Program Satu Daerah Satu Industri

Program Satu Daerah Satu Industri

OBJEKTIF
Satu program untuk membangunkan sosioekonomi masyarakat setempat melalui penglibatan aktiviti kraf yang diusahakan secara komersil.

OBJEKTIF PROGRAM
i.     Membangunkan sesuatu kampung/ kawasan sebagai pusat pengeluaran kraf yang beridentitikan setempat dan diusahakan secara perniagaan oleh penduduk tempatan; dan
ii.     Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dengan penyertaan dalam aktiviti ekonomi melalui pengeluaran produk kraf dan menjana pendapatan secara berterusan.

KRITERIA PEMILIHAN
i.      Terdapat ramai pengusaha yang bergiat di dalam penghasilan kraf yang serupa dalam satu kawasan/ daerah tersebut;
ii.     Pengusaha-pengusaha tersebut mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk membuat produk kraf;
iii.    Produk kraf yang dihasilkan mempunyai nilai komersil yang tinggi; dan
iv.    Kawasan/ daerah tersebut mempunyai kemudahan infrastruktur yang mencukupi/ baik.


KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

i.     Pembangunan Tenaga Kerja Dan Pentahapan Kemahiran
       a)    Kemudahan melatih tenaga kerja baru dan mahir secara insitu di bengkel milik pengusaha.
       b)    Penganjuran bengkel bagi mempertahapkan pengetahuan teknikal dan kemahiran pengusaha/ tenaga kerja sediada.

ii.     Pembangunan Pengeluaran Produk Dan Sistem Pengeluaran.
       a)    Pembangunan rekaan terbaru dan tambah nilai produk bagi memenuhi citarasa semas pasaran.
       b)    Cadangan susunatur sistem pengeluaran syarikat bagi memaksimakan ruang dan pengeluaran produk.

iii.     Penambahbaikan Prasarana Pengeluaran.
       a)     Pembinaan bengkel pengeluaran baru atau penambahbaikan bengkel pengeluaran sediada.
       b)     Pembelian mesin/ jentera dan peralatan kerja bagi meningkatkan kuantiiti dan kualiti produk yang dihasilkan.

vi.     Penyertaan Aktiviti Promosi dan Pasaran.
    Keutamaan di dalam menyertai aktiviti promosi dan pasaran yang dianjurkan/ disertai oleh Kraftangan Malaysia di peringkat domestik dan antarabangsa.

vii.    Pembangunan Produktiviti Dan Kualiti (P&Q).
         Penganjuran kursus keusahawanan yang meliputi topik pengurusan syarikat, rekod kewangan dan pemasaran.


PENDAFTARAN PROJEK

Setiap permohonan hendaklah dikemukakan kepada Urusetia Jawatankuasa Kerja SDSI-Produk Kraf, Bahagian Usahawan. Setiap permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan perkara berikut:-
i.      Maklumat Projek; dan
ii.     Borang Profil Usahawan SDSI-Produk Kraf.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Unit Pembangunan Usahawan Kraf,
Bahagian Pembangunan Industri,
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,
Seksyen 63, Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur
No Tel : 03-2162 7459
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.