Hari Kraf Kebangsaan 2019

Category
Kraftangan Malaysia
Date
28 February 2019 10:00 AM - 11 March 2019 10:00 PM
Venue
Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay
Telephone
0321627459
Objektif : 

Memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan serta penggiat kraf dalam membangun dan memajukan industri kraf negara.

Tema : Memperkasa Komuniti Kraf

Dalam usaha memastikan kelestarian dan kelangsungan industri kraf agar terpelihara dan berdaya saing, pemerkasaan komuniti kraf yang terdiri daripada usahawan, pembuat, pedagang, pembekal serta kumpulan-kumpulan baru perlu dilaksanakan. Inisiatif ini mampu menjana pendapatan utama dan sampingan kepada komuniti kraf sekaligus menjadi kebanggaan serta dimartabatkan oleh komuniti sejagat.


Konsep : membudayakan Rakyat dengan Seni Kraf

Konsep ini dipilih bagi menggalakkan penggunaan produk kraf tempatan dalam kehidupan seharian dan gaya hidup masa kini. Fungsi dan kegunaan produk kraf dalam pelbagai aspek meliputi hiasan dalaman dan taman, perhiasan diri, kelengkapan rumah sehinggalah menjadi pelengkap kepada majlis keraian dan perayaan dalam masyarakat dan komuniti di negara ini.

 
 

Powered by iCagenda

Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.